Monday, 7 January 2013

Jangan cabar saya tetapi Nizar tak nak ambil nasihat


Kakitangan kerajaan yang membocorkan rahsia kerajaan harus diambil tindakan. Jangan dibiarkan begitu sahaja. Cari dalang-dalang disebalik kebocoran maklumat ini. Memang tak ada intergriti langsung. Amanah yang diberikan kepada kakitangan kerajaan ini boleh dianggap mengancam keselamatan negara. 

Tidak hairanlah perkara pembocoran maklumat oleh kakitangan kerajaan ini telah diberi perhatian serius oleh Menteri Besar Perak, Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir“Bagi saya ia merupakan satu perkara serius, ini bukan kerana soal `wisel blower’ ataupun kerajaan BN takut, ia adalah kerana prinsip berkerajaan sama ada kerajaan BN mahupun kerajaan bukan BN.

“Seperti di negeri-negeri lain dari segi amalan berkerajaan perkara seperti itu tidak seharusnya berlaku, sebab itu wujudnya Ordinan rahsia atau Akta Rahsia Rasmi yang harus dipatuhi..kalau tidak habislah negara.

Pada pandangan teman,kakitangan kerajaan ini seharusnya merasa malu dengan diri, keluarga dan masyarakat serta hukum Allah S.W.T. Kerana wang ringgit dan ketaksuban,sanggup menjual maruah diri dan keluarga. Kakitangan yang sebegini harus didedahkan supaya masyarakat dapat melihat siapakah mereka ini. Biar dia malu. mana nak sorok muka. Kan bagus! Baru padan muka.
-

WAJIB BACA:Saman Menyaman Pakatan Rakyat Terhadap Blogger


Teman ingin mengulaskan sikit tentang isu saman menyaman pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang sudah menjadi resam sejak kebelakangan ini. Yang menjadi mangsa, blogger-blogger pro UMNO/BN. Jika silap sikit, terus je saman. Walaupun hanya sekeping gambar yang hanya menjadi latar sesebuah blog.

Terbaru, Dr Norvandri Hasan Basri atau dikenali juga Dr MiM hari ini memohon maaf secara terbuka kepada anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad ekoran dakwaan beliau kepada AJK PAS Pusat itu. Permohonan maaf ekoran dakwaan Khalid adalah Bishop itu akan diletakkan dalam blog beliau novandri.blogspot.com dan Harakahdaily.net hari ini. Penyelesaian luar mahkamah ini dinyatakan di depan hakim mahkamah Pulau Pinang dengan sejumlah wang ganti rugi yang tidak disebutkan.

Kes saman menyaman blogger ini bukan lah perkara baru, sebelum ini Husam Musa menyaman terhadap pengendali blog RBF Online, di mana akhirnya menyaksikan Husam tewas dalam saman berkenaan. Kemudian saman terhadap pengendali blog Kickdefella berhubung artikel yang menuduh Husam Musa sebagai seorang pembohong. Kes tersebut telah dipindahkan ke Mahkamah Tinggi dan masih lagi berjalan.

Lagi, Husam Musa menyaman pengendali blog papagomo kerana didakwa memfitnah hingga menyeret beberapa blogger pro-UMNO/BN yang lain ke mahkamah sebagai saksi. Teman difahamkan kes tersebut masih dalam perbicaraan.

Teman tak nak bincang siapa benar atau siapa yang salah kerana kes masih berjalan dan teman tak mahu dituduh pulak menghina mahkamah. Cuma teman ingin berkongsi pandangan tentang apa yang berlaku.

Pertama, sekiranya terjatuhnya hukuman bersalah terhadap blogger-blogger yang dituduh (kecuali kes Dr MIM kerana di selesaikan diluar mahkamah), maka kes-kes ini akan menjadi "KES RUJUKAN" untuk masa akan datang. Ini bermakna, akan ada lagi ramai blogger-blogger tak kira samada pro UMNO/BN atau pun pro Pembangkang diseret ke mahkamah. Sekaligus tidak terkecuali dengan pembaca-pembaca yang memberi komen-komen panas di blog-blog yang dimaksudkan. Termasuk juga pengamal- pengamal media-media sosial yang lain khususnya facebook dan twitter dan komentar-komentar pembaca. Harus diingat, pengamal-pengamal media yang dimaksudkan adalah menggunakan nama-nama "Anonymous".

Cuba bayangkan berapa ribu dan puluh ribu rakyat Malaysia akan disaman dan dijatuhkan hukuman. Mungkin setiap hari akan ada sahaja kes saman terhadap pengamal-pengamal media sosial di Malaysia. Hingga sampai semak berita-berita di media arus perdana.

Kedua, perjuangan kebebasan bersuara dan media oleh Pakatan Rakyat hanya menjadi laungan palsu yang tidak mendatang apa-pa makna. Kerajaan BN yang sering dikecam dan difitnah kerana menghalang kebebasan bersuara dan media seperti canang-canang Pakatan Rakyat. Akhirnya, Pakatan Rakyat sendiri yang menghalang untuk rakyat mengamalkan kebebasan bersuara.

Fikir-fikirkan lah..

-

Baru Tau! Mazlan Aliman Tak boleh Beranak Dah


Hah! Tukang lalak macam anjing, Mazlan Aliman dah terkincit cirit la. Gatal sangat fitnah dan mereka-reka cerita, dah dapat sebijik. Sekali dengan Mustafa Ali serta Haramkah Daily sekali. Ingat deme aje yang boleh saman orang, Felda pun boleh saman la weh!

Satu kenyataan di Bernama, Felda hari ini memfailkan saman fitnah terhadap Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali dan lima lagi berhubung kenyataan penjualan minyak sawit mentah ke Israel.


Felda (plaintif) menamakan Mazlan dan Mustafa sebagai defendan pertama dan kedua manakala Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman, Pengarang Harakah Taufek Yahya, penulis artikel Mohd Arif Atan, pencetak Harakah Angkatan Edaran Ent Sdn Bhd serta Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, masing-masing sebagai defendan ketiga hingga kelima.
   
Menerusi pernyataan tuntutan, Felda mendakwa bahawa Mazlan telah memuat naik kata-kata fitnah di laman sosial facebook miliknya pada 19 November tahun lepas dan empat hari selepas itu (23 November), Mazlan mengeluarkan kata-kata fitnah dalam satu perhimpunan yang dilakukan di hadapan pejabat Felda.
  
Dakwanya, kenyataan fitnah yang dikeluarkan Mazlan telah diterbitkan semula oleh defendan kedua hingga keenam menerusi beberapa artikel di akhbar Harakah pada 26 hingga 29 November tahun lepas.
   
Felda mendakwa kenyataan fitnah itu telah menjejaskan reputasi Felda dan mendakwa kesemua defendan sengaja berbuat demikian untuk menghancurkan kepercayaan dan keyakinan rakyat demi meneruskan agenda tersendiri dan kepentingan peribadi.

Kome jawab le kat mahkamah. Meh kita tengok apa cerita deme-deme nak spin pulak! Mesti kata tak adil!Biasa la. Bila kena kat deme, tak adil la kan. Kalau kat orang lain, adil belaka. Hampas...
-

HOT: Jabatan Belia dan Sukan Pulau Pinang Nak Kena Serbu!


Ish.ish. Biar betul weh! Ada ke patut! Mana taknya, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang akan akan jadi havock gila pada hari Jumaat, 11 Januari 2013 sempena Lawatan Rasmi Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Dato' Seri Ahmad Shabery Bin Cheek serta perasmian Bangunan baru Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang. Program akan bermula berlangsung seawal jam 7.30 pagi hingga 6.00 petang.

Berbagai-bagai acara sampingan akan dijalankan. Antaranya memanah, autoshow, pertandingan karaoke, wall climbing, fun games, senamrobik mesra dan bersama ikon sukan Hafiz Moto GP dan Nabil F3 Wow! Ada ikon sukan weh! Ada sukan interaktif termasuk simulasi golf. Weh! boleh buat ek! Ada pulak persembahan nyanyian, paintball target dan pertunjukkan game remote control.

Disamping itu pameran agensi-agensi kerajaan dan swasta pun turut serta dan pendaftaran sukarelawan belia. Moh weh! Jangan ketinggalan. Bawak sekali mak ayah bersama-sama. lagi meriah!

Semua dijemput dan hadiah cabutan bertuah menanti kome semua. Kalau kome tak tau jalan dan nak keterangan lanjut, boleh hubungi kat bawah:

Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang
Jalan Sultan Azlan Shah,
11700 Batu Uban, Pulau Pinang
Tel    : 04 – 6554444/ 04 – 6551071
Faks : 04 – 6574444
-

HOT:Pegawai Kerajaan Pecah Amanah Kerana Taksub Pada Amanat Hj Hadi

Kalau nak dikata parasit, rasanya sesuai la jugak. Kalau nak katakan pacat, ish..hisap darah le pulak, Dah macam drakula pun ada. Terpulang pada kome nak gelarkan apa pada kakitangan kerajaan yang macam ni. Pada teman, deme ni bagai duri dalam daging. Gaji disapu tapi kerja tak mau. Tak bersyukur kepada orang yang memberi anak bini deme makan, dikutuk dan dihina dah menjadi kebiasaan. Apa jenis manusia yang nak digelar ni.

Memang sering kita dengar kakitangan kerajaan menyokong secara terbuka ataupun secara tertutup kepada parti pembangkang. Itu tidak boleh dinafikan. Keterbukaan dan hak masing-masing untuk menyokong dan mengundi mana-mana parti dalam pilihanraya tidak pernah dinafikan dalam sistem demokrasi negara. Akan tetapi apabila telah menjadi kakitangan kerajaan, harus diingat dasar-dasar kerajaan harus dilaksanakan kerana itu adalah tanggungjawab dan amanah. Kerja itu sebagai ibadah. 

Teman tak nak pertikaian sangat tentang ketaatan kakitangan kerajaan kepada kerajaan yang memerintah, cuma tugas dan amanah yang dipikul itu harus dilaksanakan untuk kesejahteraan rakyat. Mana mungkin sekiranya dasar-dasar kerajaan sampai kepada rakyat sekiranya kakitangan kerajaan yang berpaksikan sokongan kepada pembangkang menyekat segala kemudahan dan bantuan kepada rakyat. Akhirnya, kerajaan jugak lah yang akan menerima tempias yang dituduh melakukan penyelewengan. Sedangkan kakitangan kerajaan yang telah diberi amanah ini sengaja mengsabotaj dasar-dasar kerajaan demi menjaga kepentingan parti yang disokong.

Agenda jahat ini telah diserapkan kepada kakitangan kerajaan ini supaya mudah pembangkang menyerang dan mendakwa sebagai "penyelewengan parti pemerintah". Cerdik tak? Yang lebih menyedihkan, dokumen-dokumen kerajaan yang dikategorikan sebagai sulit dan rahsia dengan mudah berada ditangan pembangkang akibat ketaksuban kakitangan kerajaan ini kepada pembangkang. Teman anggap kakitangan kerajaan sebegini tidak amanah dan akan dicela Allah S.W.T.

Blogger Anak Jati Malaya ada cerita kakitangan kerajaan tersebut DISINI.
-

Apabila Mulut-Mulut Ahli PAS Tergangga

Tengangga la mulut-mulut ahli-ahli PAS apabila mendengar penjelasan  Nik Aziz dpada ceramah isu Gadai Tanah: Menjawab Fitnah Umno di Kelantan Trade Centre (KTC) semalam. Lalat-lalat melangau keseluruh pelusuk dewan tersebut dengan takbir yang tak sepatutnya dibuat. Maka lalat singgah masuk ke dalam mulut-mulut ahli-ahli PAS. Apa lagi, ditelan habis kerana lalat-lalat itu dikatakan "Anugerah Tuhan".

Begitu hebatnya Nik Aziz membicara tentang apa yang didakwa "Akhbar UMNO Kutip Apa Sahaja Di Atas Jalan". Memang hebat sungguh kata-kata yang menusuk kalbu yang didakwa ribuan yang hadir memenuhi dewan hingga ada yang terpaksa berdiri dibelakang. Wah! Bukan lagi ribuan malah jutaan umat membanjiri Dewan KTC. Berapa ramai yang muat ek?

“Inilah perangai suratkhabar Umno mengutip apa sahaja yang ada di atas jalan. Tak kiralah ianya betul atau salah semuanya hendak dimuat bagi menjaga pemiliknya Umno,”

Sedap betul la Nik Aziz kutuk tak ingat dunia. Apa jenis manusia ni. Serupa jugak la bila Nik Aziz kutuk media arus perdana RTM dan TV3. Tapi apa jadi, merayu pulak untuk dapat slot yang media yang dikutuk dan dihina tu. Enta-entah esok lusa merayu pulak supaya diwawancara oleh media arus perdana. Kalau tak bagi, lagi dikutuk sebagai pengecut. Suka-suka mak bapak dia je!

Seperkara lagi la teman nak cakap pada Nik Aziz dan lalat-lalat yang mengurung taik-taik ni, Kaedah pertukaran tanah di antara pemilik asal dengan Ngeh Koo Ham memang la sah. Tiada siapa pun pertikaikan. Yang menjadi persoalan, mengapa kepada Ngeh Koo Ham? Sedangkan Ngeh Koo Ham adalah sekutu rapat dengan PAS yang mempunyai kepentingan secara terus dengan PAS. Fikir la sikit. Kalau dulu kes NFC yang dikaitkan dengan Shahrizat, lalat-lalat ini lah yang melalak dakwa berlaku penyelewengan sedangkan nama Shahrizat tiada pun dalam syarikat NFC. Itu macamana pulak? ish.ish..Kome ni, kalau kena muka sendiri, siap nak pusing-pusing bagi orang pening. Jangan ingat rakyat bodoh sangat.cissss..



-

Pakej Komunikasi Belia, Penjual Nak Cekik Darah

Teman nampak keputusan Jemaah Menteri memansuhkan had maksimum RM500 bagi pembelian telefon pintar 3G di bawah Pakej Komunikasi Belia yang bermula pada 2 Januari lalu mendapat respon positif dari belia-belia. Rata-rata belia-belia berpuashati dengan pemansuhan had maksimum tersebut. Hanya ada segelintir yang masih terpengaruh dengan dakyah pembangkang dan termakan janji-janji kosong yang ditabur bagai menunggu bulan jatuh ke riba.

Sebelum ini, antara syarat bagi membolehkan belia berumur 21 hingga 30 tahun dan berpendapatan kasar di bawah RM3,000 ialah mereka hanya dibenarkan untuk membeli telefon pintar yang berharga di bawah RM500 sahaja (sebelum rebat).

Tidak dinafikan kesempatan ini akan diambil oleh penjual-penjual yang telah dilantik untuk menaikkan harga dengan sewenang-wenang. Tidak semua tapi segelintir yang ingin mencekik darah pembeli yang menggunakan rebat tersebut. Bagi mengelakkan gejala tidak sihat tersebut berlaku, Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan telah menubuhkan sebuah panel khas  bagi menentukan nisbah harga telefon mudah alih pintar bagi mengelak penjual mengaut keuntungan secara berlebihan. Panel itu, yang dianggotai syarikat telekomunikasi dan SuruhanjayaKomunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), akan menentukan serta mengambil tindakan sepatutnya terhadap pihak tertentu yang cuba mengaut keuntungan.

Teman harap dengan pelaksanan rebat ini, pihak pembangkang tidak akan mengambil peluang dengan memfitnah dan menghasut belia-belia menggunakan peluang yang ada. Seperti sedia maklum, Pembangkang sering agenda Kerajaan BN sebagai fitnah dan mencari isu hanya ingin meraih simpati dan undi padahal Kerajaan BN sentiasa menepati janji.

Jika pendafatran secara talian menjadi halangan, apakah pula kaedah yang lain yang lebih sesuai untuk diguna bagi memudahkan semakan data untuk memaklum industri bilangan dan pasaran yang harus dipenuhi dan bukan untuk merumitkan keadaan. Tak gitu!

Sekiranya golongan belia ingin menyuarakan pendapat atau pertanyaan lanjut, mereka boleh menghubungi hotline SKMM di 1800-88-4040 dan juga menerusi laman web SKMM.

ish.ish..skema la pulak..heeee..


-

Anzalna Janganlah Kecoh-Kecoh, Malu La!


Aktres Anzalna Nasir mengakui terlalu terbuka mendedahkan identiti kekasihnya iaitu Hanif Zaki kepada umum sehingga menimbulkan rasa kurang senang segelintir pihak.  Pelakon yang hangat dengan drama bersiri Adam dan Hawa, merasakan sudah tiba masa untuk meletakkan had mengenai perkara itu.  Ermm..Teman rasa lah, tak salah jika betul caranya. Pada pandangan teman, kehadiran "kekasih" Anzalna mungkin sedikit menganggu pengambaran atau sesi fotografi. 

Anzalna sendiri mengaku beliau tidak mempunya lesen memandu dan mengakibat khidmat "kekasihnya" untuk menghantarnya ke mana sahaja termasuk ke lokasi atau sesi fotografi. Teman dapat bayangkan mungkin ada pihak yang kurang senang kerana berlaku sedikit kelewatan dari jadual dan menganggu sesi pengambaran atau sesi fotografi. Itu sahaja. Tiada pun yang mahu irihati jika tidak menggangu jadual orang lain. tak gitu!

Alzalna pun dah kerap mendapat rezeki yang murah dan sering dipanggil untuk berlakon dalam telefilem dan drama bersiri. Kira dah cukup bagus. Jangan dek kegagalan Anzalna menepati masa akan menjejaskan periuk nasi utama mike tu. Kalau nak berkahwin tak payah la nak kecoh-kecoh kalau tempohnya panjang lagi. Takut tak jadi pulak. Orang kampung semua dah tau, tapi sangkut ditengah jalan. Malu keluarga nanti.kan..kan..
-

'Terukir Di Bintang' Juara AJL27


Lagu ciptaan penyanyi bertaraf antarabangsa iaitu Yunalis Zarai berjudul Terukir Di Bintang dinobatkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu ke-27 di Stadium Putra Bukit Jalil, di sini, Ahad.

Dengan kemenangan lagu yang dnyanyikan oleh Aizat Amdan itu telah berjaya membawa pulang hadiah berupa trofi dan wang tunai keseluruhan sebanyak RM35,000.

Terukir Dibintang telah berjaya mengalahkan 11 buah lagu lain iaitu Lagu (Bedroom Sanctuary), Teman Pengganti (Black dan RJ), Patah Seribu (Shila Amzah), Pelangi Senja (Stacy), Ombak Rindu (Hafiz dan Adira), Tanpamu (Amir Jahari).


Diikuti dengan lagu Andaiku Bercinta Lagi (Mojo), Simetri (Hazama dan Amy Search) dan Anak Kampung (Jimmy Palikat dan One Nation Emcees).

Sementara bagi naib juara dimenangi oleh lagu Idola ciptaan Audi Mok serta lirik oleh Azlan yang dinyanyikan oleh Azlan & The Typewriter sekaligus membawa pulang hadiah trofi dan wang tunai RM15,000.

Dalam pada itu, pemenang tempat ketiga berjaya dimenangi oleh lagu Ku Akui ciptaan sepenuhnya Ajai nyanyian Hafiz yang turut berjaya menggondol hadiah trofi dan wang tunai sebanyak RM12,000.

Hafiz turut membawa pulang trofi vokal terbaik dengan menerima trofi dan wang tunai RM10,000.


Ia adalah kemenangan kali ketiga buat penyanyi kelahiran Sabah itu untuk kategori tersebut.

Bagi pemenang persembahan terbaik diraih oleh Black dan RJ menerusi lagu Teman Pengganti menerima trofi dan wang tunai berjumlah RM10,000.

Hadiah disampaikan oleh Ketua Pegawai Operasi Kumpulan, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar.

Persembahan 12 finalis AJL27 diadili seramai 10 juri profesional dari pelbagai latar belakang dalam bidang muzik diantaranya Hetty Koes Endang, Yasin, Aubrey Suwito, Edrie Hashim, Helen Yap, Azmeer dan Ad Samad.

Penjurian dilakukan berdasarkan markah sebanyak 80 peratus yang diadili terlebih awal manakala 20 peratus lagi melalui persembahan pada malam kemuncak.

Sementara itu, bagi kategori Anugerah 'Juara Mobile' yang pertama kali diperkenalkan tahun lalu bagi mengiktiraf lagu yang mendapat muat turun Nada Dering Pemanggil (Call-Me-Tones) terbanyak menerusi The Cube dimenangi oleh lagu Ombak Rindu ciptaan sepenuhnya oleh Nurzaidi Rahman yang dinyanyikan Hafiz dan Adira.

Pertandingan bertemakan 'Ekspresi Seni' memaparkan grafik seperti kaleidoskop, pop-up art, doodle art, light trail, typography, papercraft, pencil sketch dan imej 3 Dimensi (3D) yang memberikan impak mendalam pada persembahan.

Acara tersebut dihoskan oleh gandingan dua pengacara hebat iaitu Faizal Ismail dan Cheryl Samad.

Selain menyaksikan finalis-finalis yang bertanding, AJL turut menjemput penyanyi tersohor, Ziana Zain, Misha Omar dan Royal FT Force untuk persembahan pembukaan yang hebat dan memukau.

Manakala segmen interlud menampilkan empat lagenda Rock Malaysia iaitu Rahmat (Mega), Aris Ariwatan, Joey (Bumiputera Rockers) dan Ramli Sarip.

Menyampaikan lagu-lagu seperti Bayangan Gurauan, Lamunan Terhenti, Seribu Tahun Takkan Mungkin dan Kamelia, segmen 'Rock Kapak' itu turut menampilkan empat gitaris iaitu, Rodi (Kristal), AG Coco, Edrie Hashim dan Man Kidal.

Pengarah muzik terkenal, Datuk Ramli MS mengetuai persembahan pada malam itu.

Sumber

-

Kalau dah Salah Mengaku Aja lah Hadi oiii!!!


Meh kome tengok apa komen-komen mengenai Amanat Haji Hadi yang sesat tu. Kome tengok satu persatu penjelasan, dan jangan nak melenting tak tentu pasal.

Apa kata Rais Yatim "Datuk Seri Dr Rais Yatim meminta Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya jangan berdolak-dalik meminta Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan surat rasmi kepada beliau mengenai keputusan mengharamkan amanatnya. 


"Ini mencerminkan bahawa beliau (Abdul Hadi) membelakangkan keputusan MajlisFatwa Kebangsaan.

"Sebagai pemimpin, beliau sepatutnya menghormati nas-nas Islam dan keputusanMajlis Fatwa Kebangsaan yang telahpun mengharamkan amanatnya itu dan bukanmencabar majlis itu mengeluarkan surat kepadanya," katanya.


Apa kata Jamil Khir, "Beliau berkata bukan sahaja dalam soal amanat itu, istilah kafir-mengkafirsudah difatwakan bertentangan dengan ajaran Islam, bercanggah dengan usluk danpendekatan dakwah, malah ia bertentangan dengan kaedah Islam.

"Beliau berkata keputusan yang dicapai dalam persidangan pada November 1984 itu, sudah diangkat kepada Majlis Raja-raja pada 3 Dis tahun sama serta telah mendapat perkenan, dan itulah yang seharusnya dipegang oleh masyarakat Islam di negara ini.

"Fatwa itu kekal begitu dan ia tidak terikat menjurus kepada satu amanat sahaja, (sebaliknya) mana-mana pendekatan mengkafirkan (individu lain) adalah bercanggah dengan Islam. Ada orang ingat ia khusus kepada satu amanat, ia merangkumi semua dan sesiapa yang mengkafirkan orang lain, itu tidak dibenarkan," katanya.

Dah macam tu, jangan lah nak berdolak dalik. haji Hadi Awang masih berkeras mempertahankan Amanat sesatnya itu. Biarkan lah! Jangan di layan..
-

Sunday, 6 January 2013

Meh Kita Siasat, Kita Tengok Siapa Yang Kena!


Nik Aziz dah cabar SPRM siasat. Elok a tu. Biar SPRM bongkar satu persatu. Mana puncanya. Terbaru Nik Aziz berkata, Kerajaan Kelantan menerima dengan terbuka syor diadakan sebuah suruhanjaya bagi menyiasat secara terus berhubung isu pajakan tanah seluas 4,000 hektar kepada syarikat yang kini dimiliki dua pemimpin DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming.

Menurutnya, pegawainya telah pun menyerahkan fail-fail berkaitan urusan pajakan tersebut kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk disiasat.

Bagus la tu. Teman harap SPRM yang takut nak siasat. Siasat betul-betul, biar rakyat tahu siapa deme ni. Penyamun pakai serban. Jangan le pulak bila dah kena tuduh di mahkamah, kata kerajaan BN zalim dan kejam. Biola dah kena dan kehabisan modal untuk menyelamatkan diri, itu sahaja modal yang ada. Buat demo bantah kerana dakwa mahkamah berat sebelah. ish.ish..tunggu je episod-episod tragis Pakatan Rakyat ni.
-

Agenda terancang di sebalik tuntutan penggunaan kalimah Allah



Sekali lagi isu penggunaan kalimah Allah diperkatakan. Ini bukan kali pertama timbul. Perbincangan tentang isu kalimah Allah ini sebenarnya satu perbincangan yang ilmiah dan tidak sepatutnya dipolitikkan. Permulaan kepada perbincangan ini adalah apabila wujudnya tafsiran firman Allah SWT di dalam Surah az-Zumar, ayat 38 maksudnya, “Dan sungguh jika kamu bertanya kepada mereka: Siapakah yang menciptakan langit dan bumi? nescaya mereka menjawab: Allah.”

Yang menjawab demikian adalah orang kafir jahiliyyah Makkah. Mereka ada Latta, Uzza, dan berhala-berhala di sekeliling Ka’bah yang mereka sembah. Tetapi mereka menggunakan nama Allah dan penggunaan kalimah Allah di sisi mereka disahkan oleh firman Allah SWT di dalam Al-Quran.

Para ulama’ di Timur Tengah yang berbangsa Arab secara khususnya berpandangan bahawa penggunaan kalimah Allah ini telah menjadi satu budaya dan adat. Masyarakat di sana walaupun ada yang bukan Islam, Kristian, ada yang tidak berpegang dengan mana-mana agama, qadianiyah dan sebagainya, mereka tetap dengan ucapan seperti Masya-Allah, insyaAllah, wallaah, wabillah, watallaah.

Ini kerana perkataan wallahi sudah menjadi pertuturan kebiasaan mereka, bukan wallahi dengan niat qasam (bersumpah). Itu apa yang berlaku di negara Arab, sebab itu digunakan kalimah Allah di dalam kitab mereka yang diterjemahkan ke dalam bahasa Arab.

Sekarang ini kita bercakap dalam konteks Malaysia. Berapa kali orang-orang Kristian di dalam negara kita ini menjadikan penggunaan kalimah Allah di dalam pertuturan seharian mereka atau menjadikan ia budaya di dalam percakapan? Berapa kali orang seperti Lim Guan Eng contohnya tersadung ketika tersepak batu lalu menyebut Allahu Akbar? Berapa kali apabila dia terkejut lalu menyebut nama Allah?

Di Sabah dan Sarawak memang penggunaan kalimah Allah sudah menjadi kebiasaan sebab di gereja mereka menggunakan kitab-kitab terjemahan
Indonesia. Indonesia menterjemahkan Bible ke dalam bahasa Indonesia dan menggantikan kalimah God kepada kalimah Allah. Jadi penggunaan
kalimah Allah itu sudah menjadi biasa bagi mereka, dan implikasinya boleh dilihat di Sabah dan Sarawak apabila kitab ini diguna pakai.

Harus diingat berapa peratusan umat Islam di Malaysia? Kita bukan duduk di zaman mula-mula merdeka di mana peratusan umat Islam adalah 80%. Sekarang ini umat Islam dalam negara kita cuma 61%, dan Alhamdulillah masih majoriti. Menyusul selepas itu adalah agama Buddha, hampir 20%. Susulannya Kristian, 9.2%, seterusnya Hindu dan lain-lain.

Kristian hanya 9.2% dan Lim Guan Eng bercakap seolah-olah mewakili majoriti penganut agama Kristian dan majoriti rakyat umum dalam negara
ini. Apakah beliau lupa, gereja yang terbesar di Asia yang sedang dalam proses binaan di Selangor pada hari ini diberikan kepada mereka. Bahkan salah seorang daripada orang  politik dalam negara ini merupakan orang besar gereja Katolik di Asia.

Yang amat dibimbangi ialah disebalik isu ini  ada agenda Kristianisasi dan pluralisme. Kita harus ingat apa tuntutan IFC yang dikepalai oleh Ambiga. Mereka mahui supaya perlembagaan yang diletakkan Islam sebagai agama persekutuan itu dirungkaikan, dan diberikan kesamarataan kepada semua agama. Ini semua adalah agenda mereka yang tersusun dan terancang.

NGO termasuk Bar Council adalah gerakan mereka; terdiri daripada para peguam bahkan terdiri dari kalangan orang Islam sendiri. Pluralisme membawa kepada semua agama itu sama, dan kita tidak berhak lagi untuk mengatakan Islam agama yang lebih baik berbanding agama lain.

Isu kalimah Allah di dalam konteks negara kita adalah berbeza dengan konteks negara lain. Cuba bayangkan selama ini melaungkan Allahu Akbar
dengan tauhid tetapi gereja juga melaungkan Allah, Allah, Allah dengan trinity.

Kita mungkin berhujah tanpa melihat bagaimana kemerdekaan itu diperoleh. Kita tidak melihat bagaimana proses peralihan perubahan kehidupan dalam negara kita. Dulu pada tahun 60-an, 70-an, di mana hendak cari orang pakai tudung labuh? Ibu dan bapa kita ada yang belajar di Universiti Al-Azhar. Ada gambar-gambar ustazah-ustazah yang popular pada hari ini, dulu mereka tidak memakai tudung pun! Ustaz-ustaz yang popular dan senior pada hari ini dulu hanya memakai seluar pendek belajar di Timur Tengah. Sekarang ini telah berlaku proses perubahan kearah kebaikan yang pesat yang wajar diakui dan diiktiraf. Cuma masih ada kelemahan. Kita tidak katakan telah sempurna tetapi semuanya perlu dipertingkatkan dan dikemaskini.

Bayangkan kalimah Allah nanti diletakkan di depan gereja. Apa yang boleh kita katakan pada masa itu? Perkara ini tentu akan menyinggung sensitivity umat Islam. Kalau dulu musuh Islam menggunakan Islamofobia; jenama yang barat gunakan dan tempelkan kepada umat Islam. Kita katakan sikap yang dibuat oleh Lim Guan Eng pada hari ini sebenarnya mencetuskan Kristianofobia iaitu apabila mendengar agama Kristian orang merasa fobia ataupun benci, orang merasa takut dengan gerakan mereka.

Namun kita tetap menjaga hak-hak mereka yang telah Allah berikan. Islam tidak membenarkan kita membakar gereja mereka, Islam tidak membenarkan kita membunuh mereka, mencerca tempat ibadah mereka, atau mengambil hak mereka. Islam melarang ini semua. Bahkan Islam
memberikan hurriyyatul I’tiqad (kebebasan beragama) kepada orang bukan Islam.

Jadi kita perlu melihat isu ini sebagai isu yang mempunyai agenda terancang. Kalau ditemui di tepi jalan risalah-risalah yang tertulis kalimah Allah, dan kemudian ditulis “Allah Maha Pengasih”. Berapa ramai anak-anak kita yang mampu untuk menganalisa bahawasanya risalah ini datang daripada gereja?

Islam mengajar prinsip dan pendirian saddun lidz-dzarii’ah yakni menutup ruang-ruang yang boleh membawa kepada kemudharatan dan kemungkaran yang lebih besar. Maka kita perlu sekat hal yang seperti ini.

Kerajaan perlu bertegas 

Dalam keadaan sekarang, yang membimbangkan kita adalah sikap sebahagian orang yang ada kepentingan politik yang turut mempertahankan kenyataan ini. mereka mengatakan tidak mengapa, ulama Timur Tengah mengatakan tidak ada masalah. Mana boleh begini, sedangkan kita mengeluarkan fatwa dan mengatakan bahawa kita perlu meraikan fiqhul waaqi’.

Maka waqi’ (realiti keadaan) dalam negara kita ini perlu diraikan; bagaimana kefahaman masyarakat kita tentang agama, kita masih lagi jauh terkebelakang dan kita sedang bina sedikit demi sedikit. Jangan kita mengharapkan semuanya mantap dengan serta merta. Pemimpin yang naik turut mempunyai kelemahan, ada yang faham agama dan ada yang tidak faham agama. Ada yang faham agama tetapi tidak tahu buat kerja. Ada yang tidak faham agama tetapi pandai buat kerja. Masing-masing ada kelemahan dan masing-masing ada kelebihan. Sebab itu kita berkehendak kepada perpaduan dan kesatuan sesama kaum muslimin, saling lengkap melengkapi antara satu sama lain.

Masalah timbul apabila seseorang itu mempunyai kepentingan, dia melupakan segala-galanya demi untuk menjaga kepentingannya. Sehingga isu kalimah Allah ini pun menjadi satu isu yang berkepentingan. Sebab itu cadangan yang baik agar kerajaan lebih tegas, cuma masalahnya adalah kita berhadapan dengan pandangan sebahagian daripada kaum muslimin sendiri yang mengatakan agama lain boleh menggunakannya. Saya hairan orang yang membenarkan isu ini, anak-anak mereka tidak pula dihantar ke sekolah Missionary Kristian seperti Methodist dan sebagainya. Anak-anak mereka dihantar ke sekolah agama juga. Anak sendiri hendak dihantar ke tempat bagus, tetapi negara sendiri tidak mahu diselamatkan daripada kekacauan minda-minda dan perkara-perkara yang seperti ini.

Oleh itu kita mengharapnakan kerajaan bertindak lebih tegas, dalam masa yang sama kita juga ingin agar orang Melayu dan Islam yang menjadi kuat. Kekuatan tidak dpat diperoleh melainkan dengan perpaduan. Maka hulurkanlah tangan, bersatu, berpadu dan bersama dengan kaum Muslimin. Itu yang lebih utama daripada mencari helah dan jalan untuk bersatu dan berpadu dengan orang bukan Islam, lebih-lebih lagi jelas memusuhi Islam. Bukan tidak boleh bekerjasama dengan bukan Islam, tetapi keutamaan, kecenderungan dan ruhnya mestilah bersatu dengan kaum Muslimin. Seperti mana yang digambarkan di dalam Al-Quran tentang ciri-ciri pengikut Muhammad, “Bertegas terhadap orang kafir dan berkasih sayang sesama mereka.” (surah Al-Fath: 29)

Ustaz Fathul Bari Mat Jahya
Penulis adalah CEO Ilmuan Malaysia (iLMU)

-

Paderi dan Mat Sabu Satu Hati dalam Isu Kalimah Allah



Kenyataan timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu bahawa bukan Islam juga dibenarkan merujuk Tuhan sebagai “Allah” melegakan, selepas kenyataan yang bercanggah dari ketua penerangan parti Islam tersebut.

“Jaminan timbalan presiden PAS kekal dengan pendiriannya tiga tahun lalu sungguh melegakan. Kami menghormati pendirian konsistennya, dan mengagumi keberaniannya dan mengalu-alukan beliau sebagai rakan kebenaran yang ikhlas,” kata Uskup Paul Tan yang dilaporkan kepada sebuah portal berita, sehari selepas Mohamad menerangkan pendirian parti.

Semalam The Malaysian Insider melaporkan pemimpin PAS yang dikenali sebagai Mat Sabu, berkata: “Presiden PAS telah memberi kenyataan pada 2010 untuk tidak melarang agama lain selain Islam untuk menggunakan nama ‘Allah’. PAS masih kekal dengan pendirian itu.”

Untuk orang Islam di Malaysia, yang merangkumi 60 peratus dari 28 juta penduduk, mendakwa perkataan Arab itu adalah nama yang ekslusif untuk Tuhan mereka, dan bercanggah dengan keputusan Mahkamah Tinggi pada 2009 yang membenarkan Gereja Katolik untuk menggunakan perkataan tersebut sebagai Tuhan untuk orang Kristian dalam bahagian Bahasa Melayu akhbar mingguannya, Herald, yang dibaca kebanyakannya dari Borneo.

Tan, yang mengetuai Gereja Katolik Melaka-Johor, dilaporkan berkata Kristian di sebelah Semenanjung merasakan ini adalah satu langkah yang signifikan dalam penyelesaian mengenai isu perkataan “Allah”.

“Pandangan saya ialah semua pihak dalam parti tersebut perlu berkomunikasi, kerana pandangan ketua penerangan itu bercanggah,” katanya lagi.

Mohamad menambah bahawa presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah menyuarakan pandangannya tiga tahun lalu, apabila isu ini kali pertama diperdebatkan.

Abdul Hadi yang merupakan seorang ulama Islam, dalam kenyataannya pada 7 Januari, 2010 berkata: “Kesimpulannya, kita tidak boleh menghalang mereka dari menggunakan perkataan ‘Allah’ untuk mereka, di tempat ibadat dan amalannya, walaupun maksudnya berbeza dari asal menurut bahasa kita.”

Debat dalam penggunaan perkataan tersebut di kalangan bukan Islam dihangatkan bulan lalu apabila ketua penerangan PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man secara terbuka mengatakan perkataan “Allah” dalam Alkitab, kitab Injil yang dialihbahasa ke bahasa Melayu, tidak memberi maksud yang sebenar dengan perkataan tersebut.

“Pendirian PAS mengatakan perkataan tersebut harus menggunakan perkataan ‘Tuhan’ dan bukan ‘Allah’ untuk menunjukkan maksud sebenar teks tersebut,” katanya sehari selepas Krismas.

Tuan Ibrahim berkata kedua-dua Kristian dan Islam mungkin terkeliru dengan perkataan “Allah” yang digunakan dalam Alkitab.

Beliau memberi pandangan tentang kenyataan yang dikeluarkan oleh rakan Pakatan Rakyat (PR) dari DAP, Lim Guan Eng, yang mengatakan dalam perutusan hari Krismasnya untuk membenarkan semula perkataan itu digunakan dalam kitab Injil berbahasa Melayu tersebut, dan membenarkan kitab itu dihantar ke Sabah dan Sarawak, yang mewakili 9.2 peratus penduduk Kristian di Malaysia.

Tahun-tahun kebelakang ini orang Islam dan Kristian telah berdebat dengan penggunaan perkataan “Allah”, di mana orang Islam mengatakan perkataan itu seharusnya ekslusif untuk mereka memandangkan Islam adalah agama monotheistik dan “Allah” merujuk kepada Tuhan untuk orang Islam.

Penghantaran melalui kapal Alkitab, kitab Injil berbahasa Melayu untuk Kristian Bumiputera, telah dihalang dan dirampas di pelabuhan, sebelum kerajaan membenarkannya pada tahun 2011.

Perdebatan di mahkamah mengenai isu perkataan “Allah” masih belum diselesaikan, dengan Gereja Katolik masih dihalang dari menggunakan perkataan tersebut dalam akhbar mingguannya, walaupun keputusan Mahkamah Tinggi membenarkannya pada 31 Disember, 2009.

Ini kerana Kementerian Dalam Negeri pada 2010 membuat rayuan ke atas keputusan Mahkamah Tinggi, dan sejak itu mahkamah tidak membuat sebarang keputusan untuk menetapkan tarikh untuk perbicaraan.

Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata PR akan berbincang pada 8 Januari mengenai isu tersebut

-

HADI AWANG KENA BELI CERMIN SEBAB TAK CERMIN KAT RUMAH DIA



Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim meminta Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya jangan berdolak-dalik meminta Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan surat rasmi kepada beliau mengenai keputusan mengharamkan amanatnya.

Beliau berkata ini kerana Majlis Fatwa Kebangsaan pada 24 Julai 2002 telahpun memutuskan bahawa Amanat Haji Hadi yang dikeluarkan pada 1981 adalah bercanggah dengan ajaran Islam dan prinsip dakwah Islamiah.

"Ini mencerminkan bahawa beliau (Abdul Hadi) membelakangkan keputusan MajlisFatwa Kebangsaan.

"Sebagai pemimpin, beliau sepatutnya menghormati nas-nas Islam dan keputusanMajlis Fatwa Kebangsaan yang telahpun mengharamkan amanatnya itu dan bukanmencabar majlis itu mengeluarkan surat kepadanya," katanya.

Rais ditemui pemberita selepas Majlis Ramah Mesra Pertandingan Badminton Persahabatan D'SURY dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) di Dewan Badminton, Istana Negara lama di sini.

Beliau berkata sesiapa sahaja yang melanggari keputusan Majlis FatwaKebangsaan, harus berhadapan dengan ummah dan majlis fatwa itu sendiri.

Justeru Rais meminta umat Islam di negara ini supaya berfikir dan menolak pemimpin tertentu yang cuba menyeleweng fakta atau yang cuba menipu rakyat.

Semalam Abdul Hadi mencabar Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan surat rasmimengenai isu Amanat Haji Hadi yang difatwakan sebagai bercanggah dengankepentingan masyarakat Islam, kemuliaan agama serta prinsip dakwah Islamiah.

Dalam pada itu, Rais meminta penganjur perhimpunan yang dijadual diadakan diStadium Merdeka pada Sabtu depan, supaya mematuhi undang-undang mengikut AktaPerhimpunan Aman 2012.

Beliau berkata mana-mana pihak sama ada daripada parti pembangkang atau badan bukan kerajaan tidak boleh menetapkan sendiri lokasi untuk mengadakan perhimpunan.

Rais berkata sekiranya pengurusan Stadium Merdeka bersetuju, barulah polis akan mengeluarkan permit membenarkan penganjur mengadakan perhimpunan itu.

"Oleh itu, saya memohon pihak penganjur supaya meneliti akta ini dari sudut kepentingan tanah air, keselamatan serta pihak yang memiliki hak ke atas premisyang hendak diadakan perhimpunan itu," katanya. BERNAMA
-

HOT: Ledakan Nama Kim Kardashian



KIM KARDASHIAN dalam satu temu ramah mendakwa dia tidak suka berbicara tentang dirinya sendiri walaupun peminat gemar bercerita tentang model itu dan keluarga Kardashian.

Terbaharu, berita kehamilan Kim menjadi ledakan berita penghujung tahun. Pengumuman kehamilan itu dibuat sendiri oleh kekasih Kim, si penyanyi rap Kanye West di hadapan 5,000 penonton sewaktu konsertnya di Atlantic City, New Jersey pada 30 Disember lalu.

Dalam satu atmosfera kejutan, Kanye memberhentikan muzik dan mengumumkan seraya menunjuk ke arah Kim dan berkata: "Matikan muziknya dan bersoraklah untuk ibu kepada bayi saya!"

Tiada yang lebih membahagiakan Kanye selaku lelaki apabila buah hati pengarang jantungnya hamil 12 minggu. Malah penyanyi lagu Through the Wire itu sendiri pernah menyatakan bahawa jika Kim hamil, dia akan kelihatan cantik.

Populariti Kim

Soal mengapa seorang wanita berusia 31 tahun dengan nama Kim itu popular bukan satu perkara yang membuahkan pertanyaan lagi.

Ada yang menyatakan bahawa wanita tersebut popular kerana diberi perhatian. Ada pula yang memetik sebab kemunculan video seksnya membawa kepada faktor kemeriahan namanya dijulang. Sebelum itu, namanya naik kerana berpacaran dengan anggota kumpulan 98 Degrees, Nick Lachey dan bersahabat dengan selebriti Paris Hilton. Namanya jadi sebutan sejak itu.

Malah Kim sendiri pernah berkata: "Saat saya terdengar khalayak mempersoalkan populariti saya, saya mahu menjawab, 'Apa yang kalian perkatakan? Saya mempunyai program televisyen yang hit. Episod kami lebih lama daripada program The Andy Griffith."

Lalu program televisyen Keeping Up With The Kardashian turut dipersoalkan, kata khalayak dia tidak melakukan apa-apa kecuali diekori dengan kamera.

Pantas, si cantik Kim menjawab: "Untuk membolehkan diri sendiri membuka tentang kehidupan dan jika semua orang boleh lakukan, mereka pasti lakukan. Maksud saya, menyanyi dan berlakon bukanlah sahaja cara untuk dikatakan berbakat. Perlu ada kepakaran untuk membuatkan orang menyukai kamu kerana diri kamu sendiri."

Dia juga menambah ke atas pertanyaan tentang bakatnya: "Seekor beruang boleh berdiri di atas sebiji bola dan dia berbakat. Tetapi beruang itu tidak popular. Anda faham maksud saya?"

Walau apa pun jawapan Kim terhadap tahap glamornya dan bertubi-tubi soalan khalayak tentang kewujudannya dalam dunia selebriti, Kim masih di tangga atas populariti.

Buktinya, dia hanya kalah pada tahun lepas kepada Justin Bieber. Namun untuk tahun 2012, nama Kim masih di tangga pertama individu yang paling banyak dicari di laman internet tahun 2012.

Seorang penerbit radio yang merupakan penulis buku Fame Junkie pernah merungkaikan faktor popular Kim.

"Tidak kisahlah seseorang itu terkenal kerana apa. Apabila seseorang melalui karpet merah dan orang mengambil gambar, khalayak sudah tertarik. Khalayak lebih tertarik kepada kehidupan semulajadi selebriti. Kim adalah seorang penghibur. Dia mempamerkan kehidupan 'selebriti palsu' dan mengemudi semua drama dalam dunia. Kim bagus dalam melakukan itu," katanya.

Kim Kardashian sebuah jenama

Pada satu aspek pasaran, penjualan jenama Kim Kardashian itu sebenarnya sangat berjaya. Apa sahaja yang dilakukan pasti mendapat perhatian khalayak.

Kim juga bijak memanipulasi peluang. Dia merupakan wanita berkarier yang punya cita-cita besar. Sebelum terkenal, Kim hanya bekerja di bahagian peruncitan, menjual barangan di eBay dan akhirnya menjadi jurugaya.

Angan-angan untuk menjadi bintang realiti televisyen sudah dipasang sejak usianya menjengah 12 tahun.

"Saya memang mahu menjadi seorang bintang realiti televisyen," nekad itu dipegang hingga mimpinya menjadi realiti. Dia yang inginkan perhatian ramai mendapat lebih daripada apa yang diimpikan sebelum ini.

Hidupnya kini tidak melekat perkataan privasi. Kehidupan peribadinya diterjah kanan dan kiri oleh paparazi dan khalayak. Itu harga yang dibayar untuk impian kanak-kanaknya.

"Semuanya berlaku dengan pantas. Kami tidak tahu apa sebenarnya yang kami lakukan. Selepas kami membuat penggambaran, saya ditawarkan untuk bergambar dengan majalah Playboy," ujarnya tentang penggambaran program Keeping Up With Kardashian yang merupakan sebuah rancangan televisyen popular.

Wanita yang lahir pada 21 Oktober 1980 itu sudah rapat benar dengan predikat bintang. Dia adalah jenama sebutan ramai, usahawan, penyanyi, pelakon, pereka fesyen dan semua yang berkaitan.


Perkahwinan keduanya bersama Kris Humpries dibayar AS$18 juta (RM54 juta). Rumahtangganya bersama bintang bola keranjang itu hanya bertahan selama 72 hari dan kini hati Kim sudah dimiliki Kanye yang merupakan sahabat lamanya.

Pasangan selebriti tersebut pantas mendapat restu khalayak. Malah nama Kim dan Kanye disatukan menjadi 'Kimye' menunjukkan bahawa mereka adalah satu item di mata umum.

Berkenalan sudah lama, Kim sendiri sukar menjawab kenapa mereka mengambil masa yang lama untuk berpacaran. Kali pertama gambar mereka berdua diambil pada April tahun lalu, beberapa bulan selepas itu mereka mengaku sudah bercinta.

Kontrak RM48 juta

"Sangat menyenangkan apabila mempunyai seseorang yang mengetahui segalanya tentang diri saya. Dia juga menghormati, memahami dan melalui perkara yang sama. Saya boleh mengaitkan diri dengan kehilangan ayah kerana dia juga kehilangan ibuya. Saya sedang berada dalam fasa gembira," senyumnya dalam satu temu ramah.

Baru beberapa hari berita kehamilan diumumkan kepada dunia, namun janin berumur 12 minggu itu sudah membikin heboh.

Terdapat pihak yang sudah meramalkan jantina anak Kimye. Lebih dahsyat sudah ada yang melukis wajah bakal anak mereka.

Dua keping gambar sudah beredar dan menunjukkan wajah Kimye Junior, baik versi anak lelaki mahu pun anak perempuan.

Bayi tersebut diprediksi akan memiliki bibir yang penuh dan kulit indah eksotik seperti Kim. Sedang sang ayah akan menyumbangkan mata dan alisnya.

Seperti yang dilaporkan oleh Daily Mail, seorang ahli nama bayi bernama Pamela Redmond Satran mulai meramalkan nama yang akan dipilih Kim dan Kanye. Menurutnya, Kim dan Kanye akan memilih nama dengan awalan huruf K.

Beberapa nama pun muncul, seperti Kassius, Kassia, Kauai, Kashmir, Kyoto, Kissa dan Kito. Selain itu, Pamela juga meramalkan nama-nama seperti Kalista, Kalixto, Kedence, Kalliope atau Kalypso.

Namun yang pasti, wang sebanyak AS$16 juta (RM48 juta) akan masuk ke dalam akuan pasangan tersebut apabila pihak produser televisyen sudah membincangkan penggambaran untuk mengikuti proses kehamilan Kim. Malah wanita tersebut akan menjadi duta bagi beberapa produk wanita hamil dan bayi.


"Kim sudah berbincang dengan pihak produser tentang penggambaran proses kehamilannya daripada proses imbasan bayi, melawat hospital hinggalah segala-galanya. Dia akan mendapat kira-kira AS$16 juta untuk itu," ujar satu sumber.

Nah, ini membuktikan penjenamaan nama Kim Kardashian sebagai bintang realiti televisyen berjaya pada zamannya. Senang benar mereka menjana pendapatan dengan hanya menjual nama.

Mengingatkan kepada salah satu pernyataan Kim: "Apabila melihat kepada mesej yang saya gambarkan, saya pasti bahawa saya maksudkan, kita bukan hanya menjadi diri sendiri malah menjadi yang terbaik."

Sumber



-

Nah! Hadi Awang Nak Sangat! Ambik Ni?



Kalau nak Hadi Awang nak sangat fatwa mengenai Amanat Haji Hadi, Teman susun kat bawah ni Fatwa Majlis Kebangsaan dan Majils FatWa Negeri Melaka untuk ditatap puas-puas. Hadi Awang harus bertaubat! Fatwa ini boleh didapati laman sesawang JAKIM di e-fatwa.

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 21 November 1984 telah membincangkan mengenai isu kafir mengkafir sesama orang Islam. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:

Bahawa jika ada tuduhan atau anggapan oleh ahli atau penyokong PAS atau oleh sesiapa jua bahawa ahli UMNO, pemimpin atau pegawai Kerajaan  yang beragama Islam sebagai kafir atau sebaliknya iaitu ahli-ahli UMNO, pemimpin atau pegawai Kerajaan yang beragama Islam menuduh pemimpin atau ahli-ahli PAS kafir, adalah tidak benar sama sekali dan sia-sia. Oleh yang demikian ahli-ahli UMNO atau sesiapa jua yang mengucap Dua Kalimah Syahadah adalah tetap orang Islam selagi tidak dihukum murtad oleh pihak berkuasa agama Islam Malaysia.

Sesiapa yang membuat tuduhan atau anggapan bahawa ahli-ahli UMNO, pemimpin atau pegawai Kerajaan atau sesiapa juga yang beragama Islam sebagai kafir, maka perbuatan itu adalah haram dan hendaklah bertaubat kepada Allah. Perbuatan itu hendaklah diberhentikan dengan serta merta.

Boleh tengok SINI

Keputusan Majlis Fatwa Negeri Melaka


Tarikh Keputusan:  24 Jul, 2002
Keputusan: 
1. Bahawa Amanat Tuan Guru Haji Abdul Hadi adalah -
(a) bercanggah dari segi ajaran Islam;


(b) bercanggah dengan kepentingan masyarakat Islam dan kemuliaan Agamanya; dan

(c) bercanggah dengan prinsip dakwah Islamiah.
2. Mana-mana orang Islam adalah dilarang -

(a) menyebar, mengajar, mempelajari dan mengamalkan amanat tersebut; dan


(b) menjual, mencetak, mengedar, membeli atau memiliki amanat tersebut.

Status Penwartaan:  Diwartakan
Tarikh Diwartakan:  25 Jul, 2002
Nombor Rujukan:  PMM/0020 Jld.4 (61)
Akta/Enakmen:  M.P.U. 13

Boleh tengok SINI

-

PAS MEMANG GADAI ISLAM UNTUK KEPENTINGAN DIRI



Bukti dan benar serta sahih. Apa yang dimaksudkan Mujahid Rawa dan beberapa lagi pemimpin PAS, membenarkan penggunaan Kalimah Allah oleh Kristian. bagus la tu, lepas ni suruh pulak deme mengucap kalau deme mau. PAS pentingkan undi daripada Islam demi cita-cita menawan Putrajaya. PAS memang dah SESAT.

Pengakuan Mujahid Rawa yang beliau tidak menafikan pernah mengeluarkan kenyataan bersetuju agar penganut agama lain menggunakan kalimah ALLAH. Alasannya berlandaskan kepada fekah dan perspektif yang lebih luas.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar berkata, kenyataan yang dibuat semasa dialog di sebuah gereja kira-kira dua tahun lalu tidak bercanggah dengan pendirian Pas kerana pendapat yang diberikannya berdasarkan soal fekah dan pandangan ulama.

Ye la tu! Lepas boleh lah Mujahid Rawa buat sembahyang hajat pulak kat gereja. Lagi gempak! Ajak sekali Nik Aziz dan HAdi Awang baca doa kemusnahan pada UMNO. Elok la tu, masuk kristian terus. Tak payah berpura-pura denga serban dan jubah kata diri tu Islam. Terus je pakai salib. Guan Eng tentu suka, silap hari bulan boleh dilantik Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang mengenai tugas-tugas khas mengkristiankan Orang Melayu. bagus-bagus!..
-

Aktres India Seronok Berada Di Udara



Keseronokan terbang melihat Kuala Lumpur dan Menara Berkembar Petronas dari 457m dirasai pelakon Archie Panjabi dan Kajal Agarwal yang membuat mereka ingin mendapatkan lesen juruterbang sendiri.

Dua wanita cantik ini menyifatkan lawatan selama 20-minit di udara menaiki dua pesawat Cessna 172 sebagai satu pengalaman yang "membebaskan".

"Saya sedikit gementar pada mulanya, tetapi apabila berada diudara, saya menyukainya. Saya serius berfikir untuk mendapat lesen juruterbang saya sendiri, "kata Panjabi, yang terkenal dalam watak sebagai" Kalinda Sharma ", seorang penyiasat misteri dan berahi dalam siri drama, Isteri Baik.

Panjabi berkata ia adalah lawatan ke-10 beliau ke Malaysia.

"Saya menghabiskan banyak masa di Malaysia ketika kanak-kanak, terutama di Port Dickson, kerana saya mempunyai keluarga di sini," katanya di Terminal Skypark Subang di sini Sabtu.

Sementara itu, Kajal tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda gemuruh apabila dia memanjat ke dalam pesawat tersebut.

"Ia adalah kali kedua saya melakukan ini, "katanya.

Pelakon dan keluarga mereka diterbangkan dalam empat pesawat yang dipandu oleh Kapten Andreas J Walther dan pasukan dari Kelab Udara Flying Adventure.

Kajal, yang dikenali kerana peranan beliau dalam filem-filem seperti Telugu Magadheera dan filem Tamil Naan Mahaan Alla, Maattrraan dan Thuppakki berkata beliau telah mempunyai gambaran tentang kehidupan di Malaysia apabila dia tinggal di sini selama dua bulan ketika penggambaran filem Tamil Modhi Vilayadu.

Kedua-dua pelakon bertemu buat kali pertama semalam selepas diperkenalkan oleh seorang rakan mereka di sini.

Kajal kini sibuk mempromosikan filem terbaru beliau Nayak manakala Panjabi sedang sibuk penggambaran sebuah filem.

Sumber
-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...