Wednesday 12 December 2012

DS NAJIB BAGI PENING LAGI ANWAR IBRAHIM



Ish..Ish..Kenapa la DS Najib buat macam ni.  Kesian tengok Anwar China Doll tak dapat nak spin isu dah.  Serupa jugak la Ustazah Segera Abby Abadi, merepek je kat twitter tapi pegi nye tak jugak.  Perdana Menteri Hamas dah jemput DS Najib ke Gaza.  DS Najib pun nak pegi dan dah berkobar nak kesana.  Anwar China Doll ni ada berani ke?..


GAZA (Palestin) — Perdana Menteri Hamas Ismail Haniyeh berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah melahirkan keinginannya untuk ke Gaza tahun depan.

Beliau berkata perkara itu dimaklumkan sendiri kepadanya oleh Najib selepas beliau yang menelefon Najib petang Selasa untuk mengucapkan terima kasih dan penghargaan tidak terhingga atas segala bantuan yang diberikan kerajaan dan rakyat Malaysia untuk membantu rakyat Palestin.

“Saya membuat jemputan peribadi (kepada Najib) dan amat mengharapkan lawatan segera daripada perdana menteri Malaysia, beliau juga menyatakan dengan bersunguh-bersungguh bahawa beliau pasti akan melawat Gaza,” katanya sewaktu menerima kunjungan hormat rombongan sukarelawan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M), di sini.

Pertemuan itu diadakan di sebuah dewan kecil di pinggiran pantai Gaza, selepas pejabat asalnya sebelum ini dimusnahkan tentera Israel dalam serangan lapan hari bulan lepas.

Beliau dalam ucapannya dalam bahasa Arab dan diterjemah oleh Mufti Perlis Dr Juanda Jaya turut melahirkan rasa bangga melihat bendera Malaysia berkibar bersama-sama bendera Palestin dalam sambutan ulang tahun Hamas ke 25 baru-baru ini.

“Ini menekankan betapa dekatnya hubungan Malaysia dengan Palestin, dan ia tidak pelik kerana hubungan antara Malaysia dan Palestin telah terbina sekian lama. Kami berbangga kerana rayat Malaysia menjadikan isu Palestin sebagai isu utama di dalam negara,” katanya.

Haniyeh turut menyatakan hasrat untuk melawat Malaysia dalam masa terdekat sekiranya keadaan di Palestin kembali stabil.

– BERNAMA
-

EH! ABBY ABADI PUN JOIN SAMA! ABBY IBU TUNGGAL KE?



Hot sungguh.  Ustazah Segera PAS Abby Abadi tak join ke?  Kan ke mike jugak ibu tunggal.  Baik mike join, baru le betul-betul pejuang.  Setakat dalam twitter je, teman pun tau weh!  Kalau mike join, mesti Khalid Ibrahim tak tido malam dibuatnya.  Asyik teringat kat mike je.  Tak pun teringat kat lebih 3 ribu ibu tunggal kemukan saman terhadap kerajaan Negeri Selangor sebab nak tuntut elaun bulanan berjumlah RM16.3 juta. Kome dah janji dalam manifesto PRU12 hari tu, kome jawab le.  Weh kome, deme dah cakap manifesto bukan janji.  Yang kome undi dulu tu buat ape? heeee..

SHAH ALAM 12 Dis. - Sebanyak 3,011 ibu tunggal hari ini mengemukakan saman terhadap kerajaan negeri Selangor bagi menuntut tunggakan elaun bulanan berjumlah RM16.3 juta yang dijanjikan dalam manifesto pakatan pembangkang dalam Pilihan Raya Umum Ke-12.

Saman tersebut difailkan melalui firma guaman, Tetuan Kamarudin & Partners bagi pihak kesemua ibu tunggal berkenaan yang diketuai oleh Pengerusi Persatuan Ibu Tunggal Hulu Langat, Zainarini Mohd. Sidek di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada pukul 9.40 pagi ini.

Mereka selaku pihak plaintif menamakan kerajaan negeri Selangor yang terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pas dan DAP sebagai defendan pertama manakala Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selaku Ketua Eksekutif kerajaan negeri defendan kedua. - UTUSAN

-

KRISDAYANTI LAHIRKAN ANAK PADA 12.12.12.


Huh! ini baru betul!  Boleh pulak adjust-adjust lahirkan anak pada 12.12.12.  Kira sudah bagus!  Krisdayanti selamat melahirkan anak lelaki pagi tadi di RS. Mitra Kemayoran, Jakarta Pusat. Bayi  lelaki ini diberi nama Kellen Alexander Lemos dan menurut laporan media Indonesia, DetikHot.com Raul kelihatan begitu teruja sehingga tidak dapat menahan perasaan apabila dia dikatakan melompat-lompat sewaktu menyambut kelahiran bayi tersebut.  Kome tengok la gambar bayi comel ni..eeee...geramm..



-

PANAS LAGI: PAS NAMPAK BODOH SEBAB @abby_abadi112


Gelak weh!  Dah ada hastag #PasSilaPecatAbbyAbadi. Mesti ada sebab.  Kalu kome tengok twitter Ustazah Segera Abby Abadi ni, kome mesti gelak sakan.  Banyak sangat peminat dia wooo!  Yang best sekali teman tak boleh nak tahan "Yg bodoh tu abby.  Pas nampak bodoh sebab abby #PasSilaPecatAbby Abadi.  Celupar sangat mulut yang tak insuran tu.  Kan dah kena sebijik.  Ada lagi weh! Tengok lagi kat bawah..

Kat bawah ni pulak, lagi lawak.  Ustazah Segera PAS ni buat soal jawab, Buat soalan dan sendiri yang jawab.  Sian die.  Merepek tak tentu arah.  Hoi kome! Kome tolong la carikan calon untuk si Abby ni.  Sian pulak teman nengoknye.  Bertambah gersang nampaknya.  Selagi tak dapat, meroyan sewel aje. Habis semua orang dia lazer..heeee..



-

HOT GILA! NEELOFA KURANG AJAR?



NEELOFA dan kontroversi bukan perkara yang asing. Baru reda dengan beberapa siri kontroversi termasuk kisah cinta bersama Hans Isaac, nama Neelofa, 23, kembali menjadi sebutan semula apabila baru-baru ini, pereka fesyen, Nurita Harith mendakwa Neelofa bersikap kurang ajar dan tidak profesional di akaun Twitter miliknya.

Status yang ditulis Nurita berbunyi: “Harap semalam merupakan kerjasama terakhir saya bersama Neelofa. Sangat kurang ajar dan tidak profesional.”

Bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung isu terbaharu itu, Kosmo! menghubungi Neelofa pada Isnin lalu iaitu sehari sebelum dia terbang ke Dubai untuk bercuti bersama keluarganya.

Kosmo!: Apakah yang berlaku sehingga Neelofa dikatakan kurang ajar dan tidak profesional oleh pereka fesyen Nurita Harith di akaun Twitter miliknya?

NEELOFA: Maaf. Saya tidak mahu komen tentang perkara itu. Saya mahu ke Dubai bercuti dengan keluarga. Jadi, saya mahu pergi dalam keadaan yang gembira.

Selain isu dikatakan tidak profesional, baru-baru ini ada yang mengkritik tentang betis anda besar seperti batang pisang. Apakah komen anda?

Kelakarlah kalau nak komen tentang kaki sendiri. Saya jenis yang pakai apa sahaja yang saya suka dan mengikut keselesaan saya. Setakat ini saya gembira dengan apa yang saya pakai dan bersyukur dengan anugerah Allah kepada saya.

Apakah reaksi anda apabila terus dihimpit kontroversi?

Saya penat sebenarnya, sebab ada sahaja kontroversi yang tak berpenghujung. Saya tidak kacau hidup orang lain. Saya tidak faham kenapa ada orang yang ingin menyerang saya. Mungkin kerana cemburu atau tidak senang melihat orang lain senang. Bagi saya, ini dugaan yang menguatkan saya lagi sebagai anak seni.

Adakah segala dugaan yang datang pernah mematahkan semangat anda untuk teruskan kerjaya dalam bidang seni?

Tidak. Semakin banyak dugaan yang datang, saya semakin kuat. Bukan mudah untuk menjadi artis. Sebelum ini saya tidak faham orang kata susah menjadi artis, tetapi bila saya masuk dunia seni baru saya faham. Mental dan fizikal perlu kuat dan saya harus sentiasa bersedia.

Banyak pihak mengkritik mutu lakonan anda, tetapi ramai yang menyukai gaya santai anda sebagai pengacara dalam program Meletop. Adakah anda akan memberi lebih fokus terhadap bidang pengacaraan selepas ini?

Saya meminati kedua-dua bidang itu. Saya percaya dengan pengalaman yang lebih banyak dalam bidang lakonan, saya lebih tahu banyak perkara dan mutu lakonan juga akan bertambah baik. Demi peminat dan kerjaya, saya memilih watak yang berbeza dan cuba memberi yang terbaik. Sejujurnya, saya selesa juga menjadi pengacara dan memang ada banyak tawaran mengacara datang. Cuma, buat masa ini, saya hanya mahu memberi fokus kepada program Meletop dan Nona sahaja.

Tahun 2012 bakal melabuhkan tirainya tidak lama lagi, apakah yang anda boleh katakan tentang kerjaya seni anda sepanjang tahun ini?

Tahun 2012 boleh dikatakan tahun yang produktif untuk saya. Jika saya toleh ke belakang, banyak perkara yang berlaku dan saya pelajari. Tahun hadapan saya akan bekerja lebih kuat dan Alhamdulillah, saya telah ditawarkan berlakon dalam tiga buah filem salah satunya berjudul Pilot Cafe.

Kenapakah anda memilih Dubai sebagai destinasi percutian?

Ini kali ketiga saya akan ke Dubai dan percutian ini dirancang oleh keluarga. Saya akan berehat selama dua minggu sebelum bekerja semula seperti biasa. Saya memang suka Dubai, begitu juga dengan keluarga saya.

Sumber
-

PANAS! SEBAB GERSANG, ABBY ABADI DAH MAIN KONAR BARING sebs


Sekejap kat ya, sekejap kata tak.  Teman pun tak faham.  Ustazah Segera PAS ni dah main  nafi-nafi.  Macam mana la PAS mengajo Abby Abadi ni.  Ye le kan.  Nik Aziz kata boleh mencarut.  Nik Aziz kata Allah pun mencarut.  Tak gitu ye Abby.  Ini kan pulak menipu walaupun cerita itu terbukti benar.  Dapat pahala tu!  Nik Aziz kata le. Bukan teman..Abby ni pernah pertikai artis pegi ke Gaza, kemudian tak mengaku pulak dia kata macam tu!  Nak suruh pulak bawa mahkamah.  Ini la, ajaran songsang Nik Aziz dan Anwar China Doll.  Dah tau salah, dan nak tutup kesalahan, cabar bawak mahkamah.  Jalan paling singkat dan jawapan yang paling mudah sebab dah pening tak tau nak jawab apa.  Sian tengok Abby, Kahwin je le..Gersang sangat la tu!..heee..

Blogger MPP Online ada ceritanya DISINI.
-

DR MAZA: TAK HABIS HABIS LAGI KE?


Bila teman cerita pasal Dr Mohd Asri, teman nampak ada jugak orang melenting.  Tak pa la.  Teman cerita apa yang teman nampak.  Apa yang teman tau.  Cuma teman tertanya-tanya jugak, kenapa la Dr Mohd Ari aka @realDrMAZA begitu cemburu sangat dengan ILMU dan UFB.  Sikit-sikit ILMU dan UFB mesti kena smash maut punya.  Mana-mana orang yang kritik dan komen dia, mesti dia kata budak ILMU atau UFB.  Pada hal tak pun, deme ni orang biasa je macam teman.  Cuba kome try pikio elok-elok.

Teman rasa patutnya Dr MAZA bawak la berbincang dengan ILMU atau UFB.  Pendapat mungkin berbeza, Guru lain-lain, sudah pastinya mempunyai alasan yang tersendiri.  Masing-masing akan mengeluarkan nas-nas untuk menyokong hujah masing-masing.  Teman nak petik kata-kata Ustaz Fathul Bari, "kalau kita tidak bersetuju dengan sesuatu pendapat, bukan bererti kita menyerang seseorang.  Kita berhak mengkritrik pandangan dan idea". Cari  lah titik pertemuan antara satu sama lain. Untuk kepentingan Islam.

Petikan Ustaz Fathul Bari yang ini teman yang paling suka,

"Mungkin ada beberapa pendapat dan pandangan kita yang tak selari dalam hal-hal yang tertentu, saya kira kita raikan perselisihan."

Harap-harap DR MAZA cari jalan penyelesaian, bukan cuba melaga-lagakan dan mengelirukan orang ramai.Wallahuaqlam..ustaz peace nye..heee

-

HOT LAGI PANAS: MEROYAN TERUK DAH @abby_abadi112



Abby Abadi memang dah meroyan giler.  Semuanya nak dipolitikkan.  Hinggakan agama pun dipolitikkan.  Teman tak nampak rasional Ustazah Segera PAS Abby Abadi cakap macam ni.  Kat mana mike ni belajo teman tak tau le.  Rumahtangga mike dulu pun porak peranda, dah nak mengajo orang lain.  Sanggap kot! Baru sehari masuk PAS, dah jadi ustazah.  Kalau macam tu, semua orang dalam PAS semua dah jadi ustaz dan ustazah. Ye tak!

Slogan-slogan seperti ‘agama itu adalah politik’ perlu dinilai semula. Adakah kita membawa syurga dan neraka lalu ‘dijual’ kepada pengundi. Pangkah ini masuk syurga, pangkah itu masuk neraka.

Fitnah-menfitnah saling berlaku di kedua-dua belah pihak baik pembangkang dan lawannya.Orang-orang agama perlu menjelaskan hal yang hak pada kedua-dua belah pihak. Tidak boleh hanya bercakap untuk menjaga hati dan membuat pendengar berasa selesa ‘comfort zone’. Mahu diperdengarkan perkara yang betul dan baik-baik sahaja. Ini kaedah yang salah. -UFB
-

PANAS: KARPAL SINGH TIBAI HJ HADI AWANG


Teman rasa PAS ni dah jadi bisu.  Bial Karpal Singh bersuara, semua kepimpinan PAS jadi tikus mondok.  Takut nak bersuara langsung.  Kali ini Karpal Singh terus menembak tepat kepada Presiden PAS, Hj Hadi Awang.  Karpal Singh cabar Hj Hadi membuat pendirian mengenai isu pelaksanaan undang-undang Islam Kelantan terhadap bukan Islam.  The New Straits Times melaporkan Pengerusi DAP, Karpal Singh mengecam kepimpinan PAS yang membisu di atas isu pengasingan jantina.

Hah!  PAS dah langkah mayat Karpal Singh awal-awal.  Apa cerita?  Ada berani ke bersuara?  Karpal Singah mintak Hj Hadi buat kenyataan dan nyatakan pendiriandan jangan biarkan kepada kepimpinan Kelantan yang menjawab isu ini semata-mata.  Kan dah berlaga tu!  Presiden PAS takut la tu!  Tak berani nak kata apa-apa,.  Lidah dah kelu untuk berkata-kata..Nik Aziz tolong doakan sikit, Karpal Singh KO, DAP KO..heeee


-

ROCK KAPAK HIDUP KEMBALI!YEH!YEH!



SUATU ketika dahulu, muzik rock kapak pernah menggegarkan industri hiburan tempatan apabila lagu-lagu yang dimainkan menjadi ikutan ramai. Muzik rock pernah berada di papan atas dalam senarai populariti, terutamanya sekitar tahun 80-an dan 90-an.


Atas inisiatif itulah, kumpulan Tarantula mahu menghidupkan kembali genre muzik yang pernah mempunyai jutaan peminat di seluruh tanah air.

Kumpulan yang diasaskan sejak 2004 itu disertai enam orang iaitu Johari Jumadi selaku vokalis, Ahmad Faizal Ibrahim (gitar utama), Hazrai Wahid (gitar kedua), Khairul Azhar Ibrahim (gitar bass), Mohd. Talha Abdul Rahman (pemain drum dan Asmadi Zainal (pemain keyboard).

Menurut Johari, tujuan mereka mahu mengembalikan genre rock kapak adalah kerana lagu-lagunya yang mempunyai jutaan peminat dan masih diminati ingga kini.

"Walaupun kelihatan seperti sudah semakin tenggelam dalam industri muzik tanah air, tidak dinafikan genre ini masih mempunyai peminat.

"Selain itu, muzik yang dihasilkan juga lebih menarik kerana dekat dengan pendengar yang menjadikan lagu-lagunya mempunyai perasaan dan hidup," tambahnya.

Antara lagu-lagu yang dinyanyikan kumpulan ini termasuklah Jangan Merajuk, Merebut Waktu dan Selamat Tinggal Cinta.

Sumber
-

TANGGAL 12.12.12 : TUAH ATAU APA?



Tanggal 12.12.12! Itulah tarikh hari ini. Angka atau digit itu dikatakan cantik, tidak kurang pula menganggap tarikh hari ini begitu unik dan istimewa. 

Ini berikutan, susunan angkanya iaitu 12.12.12 kelihatan menarik dan cantik sebab berturutan serta memberi impak tersendiri apabila dicatat misalnya, pada sijil perkahwinan, kad kahwin dan sebagainya. 
Angka tetap angka manakala kebaikan atau keburukan dibawa tiada kaitan dalam kehidupan seseorang, sebaliknya bergantung kepada empunya diri untuk mencorakkannya," Prof Madya Dr Mohammad Shatar Sabran, Pakar motivasi dan sosiologi, Universiti Putra Malaysia.

Mungkin sebab itulah lazimnya, tanggal sebegini ramai bercadang mengadakan majlis pertunangan, pernikahan, meraikan resepsi majlis perkahwinan dan merancang pelbagai acara lain, ada memilih tarikh bersalin pada hari berkenaan. 

Tidak kurang juga menjadikan atau mengabadikan tarikh itu dalam bentuk simbolik seperti menjadikan angka berkenaan sebagai mas kahwin, hantaran dan hadiah istimewa. Justeru, tidak hairan jika ramai menunggu tarikh itu untuk diabadikan bagi mengadakan acara tertentu yang akan diingati, dikenang dan dipahat dalam lipatan sejarah untuk sepanjang hayatnya.

Malah, bukan individu saja, hotel dan kompleks beli-belah atau yang berasaskan perniagaan turut mengambil kesempatan menawarkan potongan istimewa kepada pelanggan mengikut angka itu sempena meraikan kehadirannya.

Digit cantik 

Apakah sebenarnya keistimewaan atau yang menarik mengenai tarikh 12.12.12? Selain berpendapat, digit yang cantik ada juga menganggapnya angka bertuah tetapi ada pula melihat ia sekadar nombor, apabila dibilang akan sampailah pada angka itu.

Tarikh hanya pengukuran peredaran masa atau jika berpandukan pada kalendar, angka tercatat hanya penanda peredaran masa. Dalam kata lain, tarikh adalah jumlah peredaran masa. Susunan tarikh dimulakan dengan bilangan hari diikuti dengan bilangan bulan dan diakhiri dengan bilangan tahun. 

Persoalannya ramai orang percaya angka boleh membawa keburukan dan kebaikan. Bahkan, ada mempercayai angka mempunyai semangat atau tenaga semula jadi tertentu yang boleh membawa keburukan atau kebaikan kepada seseorang. Jangan terkejut, jika ada orang menggunakan angka tertentu untuk menjadikan dirinya bertuah!

Menurut perspektif Islam, tiada hari atau angka dianggap bertuah atau sial, sebaliknya semua dianggap sama. Begitu jugalah dengan angka atau tarikh 12.12.12.

Pakar motivasi dan sosiologi, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Mohammad Shatar Sabran, berkata kegemaran memilih tarikh dan angka tertentu dalam masyarakat di negara ini sebenarnya sudah berakar umbi sejak dulu. 

Angka dan hubung kaitnya dengan manusia menjadi tradisi dalam masyarakat di negara ini bukan saja hari ini saja tetapi sudah berkurun lama.
Katanya, misalnya dalam soal penentuan tarikh pernikahan, masyarakat dulu akan membuat perkiraan bagi memilih tarikh dan bulan Islam. Pemilihan dan penentuan tarikh itu dibuat berhati-hati bagi memastikan pasangan mempelai kekal bahagia melayari rumah tangga mereka.

“Bulan paling dielakkan berkahwin ialah Safar kerana kononnya membawa bencana. Contoh lain, berkaitan angka dalam kehidupan masyarakat di negara ini ialah ‘pantang’ mengadakan majlis persandingan serentak untuk dua pasangan pengantin. Jika majlis dibuat bersama, kononnya salah satu pasangan tidak akan kekal rumah tangga mereka. 

“Begitu juga ingin bergambar, tidak boleh ambil bertiga kerana dipercayai kelak salah seorang akan meninggal dunia. Begitulah taksubnya kepercayaan masyarakat dulu dengan angka dan tarikh dalam kehidupan mereka. Bagaimanapun, kepercayaan seumpama itu sudah semakin pudar pada hari ini,” katanya.

Mudah diingati

Hari ini masyarakat lebih cenderung mengabadikan tarikh istimewa supaya peristiwa berkenaan mudah diingati serta terpahat di sanubari. Tiada kaitan dengan soal budaya, kepercayaan atau mitos. 

Sebaliknya, pemilihan tarikh istimewa pada hari ini hanyalah sekadar aliran semasa yang menyuntikkan keseronokan dan sesuatu dekat dalam diri pada empunya diri. Apatah lagi, katanya bukan senang untuk ‘mendapatkan’ tarikh itu, malah mungkin individu terbabit terpaksa menunggu jangka masa panjang untuk menunggu kedatangan tarikh berkenaan bagi merealisasikan keinginannya. 

Dalam aspek sosial juga tidak salah memilih atau menjadikan nombor yang dianggap ‘ajaib’ dan istimewa itu diabadikan dalam kehidupan seperti berkahwin, bertunang serta sebagainya. Peristiwa dan tarikh dipilih itu mungkin boleh dijadikan kenangan sepanjang hayat.

Jangan taksub

Jangan ingin mencatatkan sejarah dan keistimewaan dalam hidup serta semata-mata untuk mendapatkan tarikh diidamkan, individu mengabaikan perkara lain termasuk menyusahkan orang lain untuk datang ke majlis diadakan atau sanggup mengubah perkara yang mungkin lebih penting dilakukan pada hari itu. 

“Jangan juga kerana keghairahan untuk mendapatkan angka cantik, individu itu membuat pertimbangan silap. Misalnya, dia mungkin sudah menetapkan tarikh istimewa itu untuk berkahwin tetapi masalahnya duit belanja masih tidak mencukupi. Disebabkan terdesak dan ingin juga penuhi hajat, dia sanggup berhutang dengan Along. Tidakkah itu bakal menyusahkannya kelak,” katanya.

Mengingatkan angka dan kehidupan seseorang termasuk kebahagiaan rumah tangga, tuah dan tiada kaitan dalam mencorak kehidupan seseorang.

Tegasnya, angka atau tarikh yang cantik dan dianggap istimewa hanya sekadar persepsi asas. Ini bermakna, angka tetap angka manakala kebaikan atau keburukan dibawa tiada kaitan dalam kehidupan seseorang, sebaliknya bergantung kepada empunya diri untuk mencorakkannya. 

INFO: Angka dan kaitannya dengan kehidupan manusia

* Aliran gemar memilih angka atau nombor cantik bukan sekadar terhad kepada pemilihan tarikh untuk acara tertentu atau pemilihan angka pendaftaran kenderaan, nombor telefon dan lain-lain. Fenomena ini tidak salah selagi individu tidak beriktikad angka itu bakal membawa tuah dalam kehidupan.

* Ulama berpendapat, Islam bukan agama berfalsafah dengan angka. Ini bermakna, untung nasib seseorang juga tiada kaitan dengan angka yang ada dalam kehidupannya.

* Islam juga tidak kenal dengan amalan weton seperti pahing, legi dan lain-lain lagi. Oleh itu, umat Islam mesti jauhkan diri daripada berjumpa dengan orang tertentu kononnya, ingin mencari tarikh sesuai berdasarkan kiraan tanah, air, api, angin dan sebagainya. Perbuatan seumpama itu mampu mengheret individu terbabit ke lembah syirik kerana seolah-olah tidak percaya kepada Allah yang menentukan qada dan qadar.

*Aliran gemar memilih angka atau tarikh dilihat akan berterusan hingga tahun-tahun mendatang. Selagi ia tidak ditunjangi oleh perkara syirik, khurafat, tahyul ataupun apa-apa perkara yang mengganggu kestabilan iman, maka tidak menjadi masalah menghadirinya.

* Ada hari paling baik antara kesemua hari dan ada bulan paling baik antara semua bulan. Contohnya, bulan Ramadan dan juga hari Jumaat sebagai mana sabdanya: “Hari terbaik di mana matahari naik adalah hari Jumaat. Pada hari itu Adam dijadikan, dan pada hari itu dia telah masuk Syurga dan pada hari itu dia dikeluarkan darinya” (riwayat Muslim, al-Jumu’ah, 1410).

* Umat Islam diingatkan, jangan terikut-ikut dengan kepercayaan agama lain kononnya angka tertentu membawa malang seperti 4, 13 dan 666.

-

APA YANG KOME DENGKI DENGAN ROSMAH NI!


Teman pun pelik la!  Kenapa la sangat deme ni suka mencerca dan mendengki Isteri DS Najib, Datin Seri Rosmah Mansor.  Teman tak nampak apa yang kesalahan yang DS Rosmah buat.  Ye le.  Tuduhan semua orang boleh buat.  Teman pun boleh buat.  Tapi buktinya macammana?  Kalau setakat akaun bersumpah, pun sesiapa pun boleh buat.  Macam Lajim Ukin buat Akaun Bersumpah dengan meletakkan perkataan "mengesyaki", boleh aje.  Tuduhan biarlah dengan bukti sahih.  Ini tidak main suka-suka mak bapak deme je.

Malaysiakini pun satu, tempat tabur fitnah dan tempat bagi mewujudkan kebencian kepada pemimpin.  Teman tau, itu adalah strategi politik.  Tapi strategi macam tu, setahu teman yang gunakan hanyalah Yahudi.  Deme ni cuba nak bakar semangat rakyat supaya memberontak dan mungkin nak wujudkan seperti Arab Spring.  Itu la jahatnya Malaysiakini.

Malaysiakini sengaja mewujudkan perasaan tidak senang rakyat bila dalam kolum Yoursay bertajuk "If Rosmah can be famous, but at taxpayers' expense".  Kolum tersebut bermula dengan soalan "Biographies are written for very famous people who have done great deeds for humankind, and is usually not written by oneself.'"

Secara psikologi, tajuk tersebut adalah berniat jahat dan tak beretika.  Busuk dan dengki!  Secara logiknya, isteri kepada Perdana Menteri memang lah terkenal, apa salahnya.  Tambah la pulak kome tabur fitnah merata pasal DS Rosmah hingga seanterio dunia, lagi terkenal lah.  Yang kome dengki tu nape?
-

HOT! Miera Leyana Rasai Kepuasan



Aktres Miera Leyana berasa puas apabila berjaya membuktikan kemampuannya apabila berjaya membawa watak tokoh Tun Siti Hasmah Mohd Ali semasa muda pada pementasan semula Tribute Teater Tun Siti Hasmah.

Miera, 19, berkata, pada mulanya dia ragu-ragu untuk menggantikan Lisa Surihani pada di saat-saat akhir namun menyedari ia adalah perkara terbaik untuk kerjayanya.

"Bayangkan saya cuma ada lebih kurang sembilan jam sahaja untuk menghafal skrip, tarian, pergerakan di atas pentas dan sebagainya tambahan pula pada hari pementasan saya kurang sihat.

"Namun saya tidak mahu jadi seorang yang pengecut dan tetap meneruskan cabaran yang diberikan kepada saya oleh kak Erma (Erma Fatima) dan melunaskan kepercayaan beliau kepada saya.

"Malah saya kak Erma berasa bangga dengan persembahan kali pertama saya itu," jelasnya ketika dihubungi mStar Online pada Selasa.

Teater berkenaan pada mulanya diadakan dari 9 hingga 19 November lepas tetapi dilanjutkan sempena Perhimpunan Agung Umno 2012 pada 27 November hingga 1 Disember lalu.

Miera Leyana menggantikan pelakon asalnya Lisa Surihani kerana aktres itu terikat dengan jadual penggambaran lain

Dalam pada itu, Miera berkata, dia juga terharu apabila banyak pihak yang memuji lakonannya sebagai Siti Hasmah walaupun itu adalah kali pertama dia berbuat demikian.

Ujarnya, kata-kata positif yang diberikan telah membuatkannya semakin berkeyakinan dan bersemangat untuk terus menyemarakkan pentas teater selepas ini.

"Saya memang meminati dunia lakonan dan percubaan kali pertama di pentas teater telah membuka lagi ruang untuk saya mengembangkan bakat yang ada.

"Sudah pasti teater tersebut bukan yang terakhir buat saya dan sekiranya ada peluang saya akan cuba lagi," jelasnya.

Sementara itu, Miera kini sedang sibuk dengan beberapa tawaran lakonan dan berharap tahun 2013 akan memberikan sinar baru dalam kerjaya sebagai seorang pelakon.

-

BERITA BAIK! PENERBANGAN KHAS KE BANGKOK AFF SUZUKI CUP 2012


Hot ni weh!  Penerbangan khas ke bangkok sempena pusingan kedua perlawanan Malaysia vs Thailand pada 13 Disember 2012. Pakej istimewa kerjasama Kementerian Belia dan Sukan (KBS ) dan Air Asia khusus untuk para penyokong tegar Harimau Malaya ke Bangkok. Bayaran RM500 dikenakan.  Pergi balik tu!  Siapa cepat dia dapat, tempat adalah terhad.  Moh weh, tiket Grand Stand tu..Weee..Teman nak sekeping! Jangan lupa kat teman pulak..heeee


Penerbangan ini akan bertolak pada pukul 12.55 tengah hari dari LCCT Sepang pada 13 Disember 2012 dan balik ke Kuala Lumpur pada pukul 11.55 malam selepas perlawanan selesai. Berkumpul di LCCT Jam 10.00 pg.  Lekas sebelum terlambat..

-

BUSUK! SIAPA YANG KENTUT, DIA LA DAPAT BAU!


Eeeii! Busuk!  Siapa yang kentut ni!  Adoi! heee..Ye le, sendiri kentut, sendiri bau la.  Jangan bagi lain bau.  Lepaih ni tak tau nak muka kat mane kan.  Malu eh! Mazlan Aliman dah tau nak sorok muka sebab kentut merata-rata.  Tu le! Fitnah main ikut suka mulut mak bapak mike je.  Kalau kena saman dengan Felda nanti, mike bayar la sendiri.  Anwar China Doll tengok aje.  Dia gelak je tengok mike masuk lokap sebab tak dapat bayar saman tu!  Haramkah Daily dan Suara Yang Tak Adil tu banyak duit, bilion-billion wooo! Boleh bayar saman "at any time".  Mike ada apa? hampagas ada le..heeee..


KUALA LUMPUR 11 Dis. - Felda menghantar notis tuntutan kepada Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman, akhbar Harakah dan Suara Keadilan berikutan didakwa membuat tuduhan yang Felda menjual minyak sawit mentah kepada Israel.

Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata tuduhan itu tidak benar sama sekali dan berunsur fitnah.

"Malah, ia telah menjatuhkan imej Felda sebagai sebuah konglomerat antarabangsa," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Justeru, beliau berkata Felda menerusi peguamnya telah mengambil tindakan awal untuk menyaman Mazlan, Harakh dan Suara Keadilan mengenai kenyataan-kenyataan itu, yang turut disiarkan di laman web sosial Facebook Mazlan.

"Notis tuntutan telah dihantar oleh pihak peguam kepada pihak-pihak yang terlibat pada 10 dan 11 Disember," katanya.

Isa berkata Felda mengambil tindakan undang-undang terhadap penulis, pengarang, ketua pengarang, penerbit dan pencetak akhbar “Harakah" yang didakwa selaku pihak-pihak bertanggungjawab dalam penyebaran fitnah terhadap Felda.

Tindakan sama turut diambil terhadap Parti Keadilan Rakyat yang mengendalikan akhbar “Suara Keadilan", katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata Felda memberi tempoh 14 hari kepada Mazlan dan kedua-dua akhbar itu untuk memohon maaf, menarik balik kenyataan itu dan menawarkan pampasan yang setimpal kepada Felda di atas tindakan mereka.

"Jika mereka gagal berbuat demikian, Felda akan mengarahkan pihak peguam untuk meneruskan tindakan undang-undang terhadap mereka selepas tamat tempoh 14 hari yang telah diberikan sebelum ini," katanya. - BERNAMA

-

Tuesday 11 December 2012

GEMPAR! SULTAN SELANGOR BARUA UMNO KATA @wanji_bakistani


Teman lagi kelu.  Lagi pedih bila orang Melayu sendiri menghina Raja-Raja Melayu.  Bagaimana kita nak mempertahankan Melayu sedangkan orang Melayu sendiri berlaga-laga  sesama sendiri dan menghina pemerintah yang mendukung keistimewaan Orang Melayu itu sendiri.  Beginilah agenda jahat pembangkang yang berselindung disebalik parti politik yang berdaftar secara sah untuk memporak perandakan orang Melayu supaya mudah untuk dijajah semula.  Sistem "pecah dan Perintah" adalah sistem yang diguna pakai oleh British untuk menjajah Tanah Melayu, digunapakai oleh Yahudi bagi merampas bumi Palestin.  Ianya telah terjadi di Malaysia sejak Anwar China Doll merestui agenda jahat ini demi kepentingan politik peribadi.  Jadikan Singapura sebagai pengajaran yang sesuai bagaimana orang Melayu tiada kuasa dan terpaksa merempat ditempat sendiri.


Ini lagi seorang Melayu yang tak sedar diri.  Kome boleh baca citer sekor monyet ni di SINI.




-

HOT! FARID KAMIL BUAT ATM PENING


Teman nak ulas sikit pasal isu Farid Kamil memakai pakaian istiadat pegawai pasukan keselamatan pada majlis resepsi persandingannya yang diadakan di Taman Ekuestrian Putrajaya dekat sini pada 1 Disember lalu.  Teman lagi pening bila ATM dalam kenyataannya di mStarOnline, Pelakon Farid Kamil bukan sahaja tidak mendapat kebenaran untuk memakai uniform pasukan keselamatan pada majlis resepsi persandingannya dengan Diana Danielle tetapi telah mengenakan pakaian yang cacamarba.

Eh! Kenapa pulak jadi macam tu!  ATM kata pakaian tu cacamarba, sikit TUDM, sikit Tentera Darat..Lagi pening pada teman tak faham langsung pasal ni.  Lepaih tu, Jabatan, Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman kata pakaiannya tak melambangkan imej sebenar PDRM. Ish! lagi pening ni!  ATM nak bagi surat teguran kepada Farid supaya dia tidak mengulangi lagi kesilapan tersebut.  PDRM pulak bagi menggunakan khidmat pasukan berkuda bagi mengiringi perkahwinannya.  Eh! lagi pening weh!  Yang best nye "Farid telah banyak bekerjasama dengan pihak PDRM sebelum ini dalam pelbagai acara yang mungkin tidak diketahui umum dan rasanya tidak menjadi masalah bagi pihak PDRM untuk membantu melancarkan perkahwinannya.

Ye le.  Teman tak kata apa, mungkin jasa Farid Kamil pada PDRM dah banyak yang tidak diketahui umum.  Tak pa la.  Bukan nak kata apa, takut nanti Anwar China Doll pulak guna pakaian istiadat yang serupa macam Farid Kamil pakai tu sekali dengan  “sword bearer” (lalu bawah pedang) serta pasukan berkuda bagi tujuan kepentingan peribadi dia pulak.  Nanti kome yang tak tau nak jawab pa!..Teman sebagai rakyat biasa tak boleh mimpi nak buat macam tu! Tengok orang gembira sudah! Itu le yang termampu.. Cuma tumpang lalu.  Jangan mare ek!heeee..peace..
-

MELETUP PECAH BERITA: LAJIM UKIN KENA BOM BUATAN SENDIRI


Teman nak pegi jauh sikit, ke Sabah!  Datuk Seri Panglima Lajim Ukin (gambar) membuat Akuan Bersumpah (SD) hari ini dengan mendakwa pemimpin BN Sabah telah menggunakan balak untuk kekayaan ahli politik utama dan pemimpin kerajaan Sabah. Si Lajim ni dakwa pembalakan telah menjadi sumber untuk mengkayakan diri bagi segelintir ahli politik dan pemimpin kerajaan Sabah.  Lajim Ukin buat keyataan kat Haramkah Daily.  Headline lagi..Biasa la tu nama pun Haramkah Daily..

Lawak betul mike ye Lajim.  Orang Sabah pun dah tak terima mike.  Buat kenyataan bukan-bukan la pulak.  Tapi yang best kome baca yang ini,

"Dari pengalaman saya sendiri sebagai Timbalan Ketua Menteri, saya mengesyaki bahawa lesen pembalakan sering dianugerahkan kepada individu yang rapat dengan pemimpin kerajaan Sabah," katanya.





Weh! Apa nama akaun bersumpah ni? Teman tak pernah dengor pun.  Ada ke kalau kita mengesyaki satu-satu benda, kita pergi buat akaun bersumpah?  Bertambah pelik.  Kalau setakat nak syak je, semua orang boleh buat.  Bagi la bukti..Kalau la teman buat akaun bersumpah mengesyaki mike pulak, macamamana? Rasa-rasanya bunyinye macam gini, 

"Saya mengesyaki mike dijanjikan oleh Anwar Ibrahim jawatan Ketua Menteri Sabah sekiranya Pakatan Rakyat memerintah Sabah".

"Saya juga mengesyaki mike telah mengambil wang bernilai RM2 Juta daripada Anwar Ibrahim sebagai dorongan keluar daripada UMNO"

Best tak teman punya akaun bersumpah!  Apa la punya akai!  Inilah akibatnya menuntut ilmu songsang denga Anwar China Doll.cisss..


-

BERITA TERGEMPAR: APEK MASUK PARTI PAS



Biar betul la Apek!  Mike jangan keje giler.  Kalau nak kahwin, kahwin je le.  Ni dah masuk citer politik pulak.  Jaga je gawang Malaysia elok-elok.  Jangan bolos lagi.  Tak kan sampai nak nikah pun nak minta Nik Aziz akad kan..eh.eh!  Menurut Haramkah Daily Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersetuju menikahkan penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat (Apex) dengan pasangannya, Leuniey  Natasha Nazri pada 28 Disember ini.  Menurut surat bertarikh 10 Disember yang ditandatangani Setiausaha Sulit Kanan Menteri Besar, Rushdee Abdullah itu, majlis akad nikah akan diadakan di rumah keluarga Leuniey jam 10.00 pagi.

Teman pun tak tau nak kata apa, tapi teman doakan semoga mike berbahagia hingga anak cucu dan moga-moga NIK AZIZ KURNIAKAN SYURGA pada mike..heee..
-

WEH! APA DEBBI DAN JOJO GOH BUAT KAT SINI?




Malam penganugerahan Asian Television Awards ke 17 (ATA 17) yang berlangsung minggu lepas menyaksikan stesen ntv7 merebut anugerah Rancangan Realiti Terbaik menerusi siri realiti What Men Want apabila diumumkan pada majlis berprestij itu di Hotel Shangri-La, Singapura.

Saluran itu juga menjadi satu-satunya stesen daripada Malaysia yang berjaya membawa pulang anugerah pada malam tersebut.

Menurut penerbit What Men Want, Tan Yin Yin, kemenangan itu menjadi bermakna apabila bersaing dengan beberapa lagi program hebat yang disiarkan di seluruh Asia seperti Restaurant Bobby Chin dan Portraits China : Jackie Chan.


"Kemenangan ini menjadikan segala penat lelah dan cabaran yang kami alami sebelum ini ternyata berbaloi.

"Kami amat berbangga dengan pencapaian enam jejaka yang menyertai rancangan ini bersama insan tersayang mereka yang sudi berkongsi kehidupan mereka untuk tontonan orang ramai serta semua kru produksi yang amat berdedikasi menjayakan rancangan ini," ujarnya.

Ntv7 yang menyambut ulang tahun ke 14 tahun ini juga dinamakan sebagai stesen yang mendapat pujian tertinggi di majlis ATA 17 di mana majlis itu dianjurkan bagi memberi pengiktirafan terhadap kecemerlangan dalam bidang penerbitan, rancangan serta persembahan produksi TV dari seluruh Asia.


Saluran itu juga diberi penghormatan dalam tiga buah pencalonannya sebai judul yang harus mendapat pujian tertinggi dalam anugerah “Pelakon Wanita Terbaik dalam Peranan Utama” (Debbie Goh, The Descendant), “Pelakon Wanita Terbaik dalam Peranan Pembantu” (Jojo Goh, Forget Me Not) dan “Lagu Tema Terbaik” (Wu Jia Hui, The Descendant).

Ntv7 menerima sepuluh pencalonan ada malam itu termasuklah “Pelakon Wanita Terbaik dalam Peranan Utama” (dua pencalonan), “Pelakon Wanita Terbaik dalam Peranan Pembantu” (dua pencalonan), “Pelakon Lelaki Terbaik dalam Peranan Pembantu” (satu pencalonan), Lagu Tema Terbaik (tiga pencalonan), “Lakon Layar Terbaik” (satu pencalonan) dan “Rancangan Realiti Terbaik” (satu pencalonan).

Pencapaian yang di luar jangkaan ini pastinya memastikan ntv7 meneruskan usahanya dalam menerbitkan lebih banyak kandungan hasil produksi tempatan.

“ntv7 adalah salah satu daripada peneraju kandungan hasil produksi tempatan dan sentiasa berjaya mengekalkan rating yang baik untuk rancangan-rancangannya.


"Pencapaian di Asian Televison Awards ke 17 ini merupakan salah satu dorongan untuk kami meneruskan penerbitan kandungan produksi tempatan yang berkualiti kepada para penonton” kata Airin Zainul, Pengurus Besar Kumpulan ntv7 & 8TV.

Sementara itu, sebuah pengumuman menarik baru-baru ini mewar-warkan bahawa Media Prima Berhad dan MediaCorp Singapura akan membuat usahasama dalam menghasilkan dua drama bersiri Melayu – “Melangkaui Masa” dan “Cikgu Cinta” yang dijadualkan bersiaran di TV3 pada tahun hadapan.

Ini merupakan kerjasama kedua di antara dua syarikat itu semenjak menjalinkan hubungan sejak tahun 2006.

Majlis Asian TV Awards ke 17 menyaksikan seramai 14 buah negara Asia dengan penyertaan sejumlah lebih 1,300 diterima daripada pelbagai genre dari nkategori televisyen dan persembahan.

Seramai 48 juri profesinal daripada 12 buah negara telah diberi tanggungjawab dalam memilih pemenang daripada 38 kategori yang dipertandingkan.

Sumber


-

KERJA GILA! PERSAHABATAN DUA BARBIE HIDUP


Gila!  Ini lah namanya keje giler.  Orang giler je buat perangai macam ni.  Ada ke patut,  ada muka elok-elok ciptaan Tuhan, bagi ubah le pulak.  Deme ni sanggup ubah wajah jadi Patung Barbie semata-mata kerana fanatik pada Patung Barbie.  Hah! Dua sahabat, Valeria Lukyanova dan Olga Aleynik sanggup membuat pembedahan plastik kerana obses dengan idola deme kepada Patung Barbie.  Bukan sahaja pada muka malah bentuk dan susuk badan pun deme repair bagi sebijik macam Patung Barbie.  Obses dan fanatik sungguh.  Macam cai-cai Pakatan Rakyat la jugak.  Cuba kome ubah dan buat pembedahan plastik jadi sebijik macam Anwar China Doll ke? mana la tau kan, China Doll tu boleh silap orang le pulak.  Beruntung la kome kan..kan..heee



Sumber
-

HINA RAJA PERLIS! CUBA BACA TWITTER @realDrMAZA


Hah! Ni apa pulak Ustaz.  Biar bebenor la ustaz.  Cuba jangan tambah lagi kerohkan keadaan.  Dr Mohd Asri dah join Parti Anti Monarki (PAM) la pulak.  Budak yang jemput ni @wanji_bakistani.  Adoi, bahaya ni ustaz.  ish..ish. Ini cubaan untuk menghina Raja-Raja Melayu dan derhaka ni ustaz.  Gelaran Datuk yang ustaz dapat tu daripada Raja Melayu jugak.  Raja Perlis yang kurniakan kat ustaz.  Jadi macam ustaz menghina Tuanku Raja Perlis.  

Budak @wanji_bakistani ni pulak, dengo citer nak tunggu masa je masuk lokap.  Ustaz nak ikut dia sekali ke?  Silakan..heeee..

-

GEMPAR : BAYI PANDAI BERENANG



GLOUSTERSHIRE: Mereka terlalu muda untuk berjalan dan bercakap tetapi bayi kembar, William dan Ellenita Trykush boleh berenang sejauh 25 meter pada usia hanya sembilan bulan.

Kembar berkenaan gemar berenang sambil menendang kaki mereka di dalam air.

Dan gambar menarik ini memaparkan mereka tersenyum sambil berenang.

Pencapaian itu menjadi lebih menarik memandangkan kedua-duanya dilahirkan secara caesarean enam minggu lebih awal. Bakat luar biasa pasangan kembar itu mula dilihat ketika bercuti bersama keluarga di Cyprus Oktober lalu apabila mereka mula berenang tanpa bantuan.

Sekembalinya ke Cirenster, Gloustershire, ibu mereka, Charlotte, 3,5 membawa pasangan berkenaan ke kolam bayi tempatan apabila mereka tiba-tiba berenang. “Ia amat mengejutkan. Mulanya mereka berenang lima meter dan kemudian tujuh meter sebelum berenang sepanjang 12 meter,” kata Charlotte, wanita kelahiran Perancis yang juga bekas jurulatih renang.

“Memandangkan tidak ada orang di kolam dewasa, saya mencadangkan guru mereka mencuba di kolam renang besar itu.

“Mereka begitu riang. Mereka mula berenang sepanjang kolam itu dengan saya berenang di bawah mereka bagi memastikan kedua-duanya tidak menghadapi masalah dan memandu mereka jika tersalah arah.

“Ellie adalah yang pertama. William kelihatan meniru kakaknya. Kami sungguh gembira. Penyambut tetamu dan jurulatih renang datang melihat dan turut kagum.

Seorang jurulatih yang sudah mengajar selama 20 tahun berkata, ini kali pertama dia melihat keadaan seperti itu.

“Saya yakin ia semula jadi kerena mereka terlalu kecil untuk belajar berenang.” kata Charlotte. 

-

PANAS: ABBY ABADI DAH GILA TALAK


Abby Abadi dah jadi buah mulut semua orang.  Lebih popular daripada zaman bergelar artis.  Lebih kaya daripada zaman yang didakwa Ustazah Segera PAS ni. zaman gelap dan kemaksiatan.  Popular sekor ustazah yang diangkat oleh PAS ni, kerana mulut celupar dan buat dosa kering yang dihalalkan oleh PAS.  Syurga PAS dah menanti, Neraka Allah sudah pasti.  Lagi pasal tweet ustazah sekor ni yang buat fitnah, buat dosa.  Teman rasa mike dah gila talak, ataupun dah lama tak dapat.heee..


Fitnah kerajaan BN itu zalim.  Alahai mike, bagi la bukti zalim tu apa? Jangan main tuduh-tuduh aje.  Mike bagi fakta la sikit.  Janga main hentam suka mak bapak mike je.   Mike dapat jugak buat ceramah fitnah kat merata tempat.  Tak kena tangkap pun.  Mike boleh kesana-kemari tak ada masalah pun.  Mike dapat jugak makan minum.  Masyukkkk..
Ini satu lagi.  Siapa kata PAS tak ada kuasa laksana hukum Islam.  PAS sendiri dan ubah slogan Negara Islam kepada Negara Berkebajikan.  Siapa yang salah.  PAS sendiri dah perintah Kelantan dan Kedah serta Pulau Pinang dan Selangor dengan Pakatan Rakyat.  Boleh laksanakan hukum Islam jika mau.  Kuasa pelaksanaan enakmen syariah dibawa pentadbiran kerajaan negeri.  Mengapa la bingai sangat mike.  PAS hanya laksana hukum Islam sebab nak sapu balak kat Kelantan, nak sapu duit aje.  Mike tau tak tu!  Mike baca la sikit buku-buku dan surat khabar.  Ni tak! baca Haramkah Daily dan Meloyakini.  Dapat la maklumat salah.  Lagi BINGAI.

Teman nak bagi satu komen yang sesuai bagi mike kat bawah ni, tapi teman tak campor yang ini.  Mike tengok le..heeee..

-

HOT! UNSUR LUCAH BAWA PADAH


“Kena letak air liur atas kepala baru senang masuk”. eeeeiii..Teman nak pesan satu je.  Kalau kome nak buat apa-apa pun kat depan khalayak ramai, biar la berpada-pada.  Silap kome silap bercakap ramai orang terasa.  Tambah pulak cakap-cakap berunsurkan lucah dan double meaning.  Padahnya pada diri sendiri jugak.  Kome tengok ni apa dah jadi pada Kumpulan Balas dalam persembahan jenaka deme di Maharaja Lawak Mega 2012 (MLM2012) menyebabkan mereka tersingkir. Harus diingat MLM2012 ditonton seisi keluarga dari anak kecil sehingga dewasa.  Kena faham tu!  Telajak perahu berundur, telajak kata padah akhirnya..ewah!!!

SEJAK minggu ketiga lagi, kumpulan Dadidu, Pimai dan Balas berada di tangga tiga terbawah dan kedudukan itu kekal sehingga minggu keempat yang akhirnya menjadi penamat perjuangan mereka.

Cuma di antara tiga kumpulan yang sebelum ini bagai kekontangan idea, Balas menampakkan peningkatan apabila persembahan jenaka mereka di Maharaja Lawak Mega 2012 (MLM2012) yang bersiaran langsung dari Dewan MBSA, Shah Alam, berjaya menggeletek hati penonton. 

Malangnya, Balas tersilap langkah sama ada secara sengaja atau tidak disengajakan memperkatakan sesuatu berunsur ‘double meaning’ di akhir persembahan mereka sehingga menyebabkan gagal mendapat markah yang baik daripada juri yang dibarisi oleh Awie, Wulan, Lisa Surihani dan Najip Ali. 

Mengimbas kembali kenyataan panas salah seorang anggota Balas sewaktu persembahan berbunyi: “Kena letak air liur atas kepala baru senang masuk”.


Situasi itu sebenarnya dijelaskan sebagai petua orang tua-tua, jika mahu ilmu senang masuk cara (“kena letak air liur atas kepala baru senang masuk”) patut dilakukan.


Bagaimanapun, gara-gara kenyataan berkenaan ia membawa padah kepada Balas sehingga menyebabkan mereka tersingkir. 

Awie menerusi komentarnya, berkata: “Sebagai juri saya sendiri tidak senang dengan lawak ‘double meaning’, lawak, tetapi bunyinya kotor di telinga. Sebelum ini pun ramai penonton sedia maklum dengan persembahan Balas yang selalu ‘double meaning’. Tapi harus diingat program ini ditonton seisi keluarga dari anak kecil sehingga dewasa.” 

Manakala Pengurus Saluran Astro Warna, Bob Azrai, menerusi keterangan dalam sidang media yang diaturkan sesudah usai siaran MLM2012, berkata, demi menjaga kandungan program pihaknya mewujudkan sistem pemarkahan. 

“Balas ada memaklumkan kepada saya mereka tidak berniat untuk mengutarakan sesuatu berbaur fitnah. Namun, dalam keadaan tergesa-gesa menyebabkan dialog mereka tidak lengkap. Apa yang cuba dimaksudkan mereka kena letak air liur pada kepala benang baru senang masuk.” 

“Apapun, kesilapan sudah dilakukan dan inilah risikonya apabila membabitkan program siaran langsung. Yang terjadi tidak boleh ditarik semula. Harus diingatkan kepada peserta supaya tidak lagi menggunakan lawak ‘double meaning’. 

“Sebagai pihak penerbitan dan penyiar, Astro sangat mengambil kira sensitiviti masyarakat dan memastikan setiap program kita tidak menyinggung perasaan umum. 

“Justeru itu, menerusi program MLM2012 kami wujudkan sistem pemarkahan di mana juri boleh mengurangkan markah bagi kumpulan yang membuat jenaka ‘double meaning’. 

“Saya secara peribadi berpendapat, peserta sebenarnya perlu lebih kreatif dalam mencari bahan iaitu dengan membuat kajian daripada mengambil jalan singkat dengan mengenengahkan lawak murahan. Saya berasa kagum dengan kumpulan yang tidak bergantung dengan lawak murahan tetapi menggunakan isu semasa kemudian menyuntik elemen komedi dalam persembahan. 

“Saywho antara kumpulan yang mempunyai kepakaran ini dan saban minggu mereka memikat rakyat Malaysia dengan mengutarakan isu yang dekat di hati masyarakat negara ini. Bagaimanapun, untuk persembahan malam ini kumpulan R2 mengejutkan juri dan persembahan mereka mendapat pujian,” katanya. 

R2 bagaimanapun diumumkan lima kumpulan yang berada di tangga terbawah selain The Bandung Jokers. Pun begitu, mereka terselamat daripada penyingkiran. 

Secara keseluruhan peserta kegemaran Jozan yang dianggotai Zizan dan Johan, masih lagi menguasai dan mendahului pertandingan diikuti kumpulan Jambu. 

Malam bertemakan ‘Mengayat’ yang dikendalikan pengacara Datuk AC Mizal itu, turut menampilkan persembahan kumpulan Shiro, Sabon dan Boboi, iaitu tiga daripada tujuh kumpulan yang masih meneruskan perjuangan pada minggu kelima.

Sumber
-

INI BARU BETUL! ANWAR CHINA DOLL SANGGAP LAGI LA.



Hah! Ini baru katakan betul.  Kalau tak betul, tak janji la wehh!  Kome tengok nanti Anwar China Doll sanggap giler buat Himpunan  Kebangkitan Rakyat satu dunia beb!  Confirm tak giler , jadi sawan..heee

SHAH ALAM: Kerajaan Persekutuan menyalurkan peruntukan sebanyak RM5.7 bilion bagi pembangunan di negeri Selangor sepanjang tahun ini yang merangkumi pelbagai bidang.

Pengerusi Majlis Pembangunan Persekutuan Negeri Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata peruntukan cukup besar itu membuktikan bahawa kerajaan persekutuan tidak pernah menganaktirikan negeri yang ditadbir pembangkang. "Dalam usaha kerajaan persekutuan ingin bangunkan negara dan beri pembelaan kepada rakyat kita tidak memilih sama ada negeri pembangkang atau (ditadbir)Barisan Nasional (BN).

"Kalau ada dakwaan kita anaktirikan mana-mana negeri ditadbir pembangkang khususnya Selangor ia tidak benar, malah peruntukan diberikan kerajaan persekutuan lebih banyak berbanding peruntukan diberikan kerajaan negeri," katanya dalam sidang media di sini Isnin.

Timbalan Pengerusi BN Selangor itu berkata peruntukan itu melibatkan sebanyak 439 projek pembangunan iaitu 280 projek baru membabitkan peruntukan RM2.8 bilion dan 159 projek sambungan membabitkan peruntukan berjumlah RM2.85 bilion.

Beliau berkata antara projek yang terlibat ialah program bandar selamat di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) membabitkan peruntukan RM18.05 juta, projek di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan membabitkan peruntukan RM9.74 juta dan projek Penyelenggaraan Infrastruktur Awam dan Infrastruktur Asas Selangor membabitkan peruntukan RM19.75 juta.

Noh berkata kerajaan persekutuan juga memperuntukkan sebanyak RM32.85 juta untuk pembangunan agama Islam di negeri Selangor melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) seperti peruntukan untuk elaun imam, guru takmir dan guru Kafa.

"Apabila Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri turun ke Selangor, mereka juga meluluskan sebanyak 398 projek membabitkan peruntukan berjumlah RM64 juta dan meluluskan peruntukan khas sebanyak RM40.3 juta untuk surau dan masjid," katanya.

Selain itu, beliau berkata melalui data e-Kasih, seramai 5,083 orang miskin tegar dan miskin di negeri itu menerima bantuan RM10,000 setiap seorang dan sebanyak RM5.04 juta diperuntukkan untuk program bantuan rumah di bawah program pembasmian kemiskinan.

Sementara itu, Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani mempersoalkan sikap 'double standard' kerajaan negeri Selangor dalam penganjuran program membabitkan kementeriannya di negeri itu.

Beliau berkata seperti contoh, Selangor Agro Fest 2012 anjuran kerajaan negeri yang dijadualkan berlangsung esok hingga 16 Disember ini turut memuatkan program hiburan sedangkan kerajaan negeri tidak membenarkan program hiburan ketika penganjuran Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Selangor 2012 oleh kementeriannya di Dataran Banting pada November lepas.

"Kita hanya ingin adakan persembahan kugiran oleh Tekun tetapi tidak dibenarkan dan dihalang oleh hampir 20 buah lori penguatkuasa sedangkan di Selangor Agro Fest ada konsert dan pesta.

"Saya difahamkan pada malam sepatutnya diadakan persembahan kugiran itu Parti Keadilan Rakyat (PKR) turut mengadakan taklimat mengenai isu Talam. Mungkin mereka takut orang tidak datang dengar taklimat. Ini jelas sikap double standard kerajaan PKR yang takut dengan bayang-bayang sendiri," katanya. - BERNAMA
-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...