Friday, 7 December 2012

SAH! KHALID IBRAHIM AKAN KENA KALI INI!



Kira-kira 300 anggota Pemuda MIC dan wakil badan bukan kerajaan (NGO) berhimpun secara aman di pekarangan Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri bagi membantah tindakan kerajaan Selangor meroboh kuil di Taman Seroja Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang 20 November lalu. 

Kumpulan itu yang diketuai Ketua Pemuda MIC, T Mohan mempersoalkan tindakan kerajaan Selangor terburu-buru merobohkan rumah ibadat kaum Hindu dan melarang pembinaan rumah ibadat bukan Islam berhampiran kawasan kediaman. 


"Adakah salah mendirikan tempat beribadat di kawasan rumah untuk tujuan bersembahyang bersama keluarga?" katanya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum bantahan kepada Abdul Razak Ismail, Pembantu Khas Exco Kerajaan Selangor, Dr Xavier Jayakumar, di pintu masuk SUK. 

Mohan berkata, mereka mendesak kerajaan negeri membina semula rumah ibadat tersebut dalam tempoh dua minggu selain memberi pampasan kepada pemilik rumah ibadat berkenaan. 

Mereka juga meminta Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memohon maaf secara terbuka kepada masyarakat India berhubung isu merobohkan kuil di Selangor yang berlaku sejak 2008.

BERNAMA

-

ANWAR IBRAHIM AJAR BUDAK JANGAN BAYAR HUTANG


Teman pun pelik.  Ada jugak manusia macam ni!  Ajar budak-budak jangan bayor hutang PTPTN.  Budak-budak ni mengadu kat Anwar Ibrahim bila dapat surat amaran PTPTN.  Apa yang Anwar Ibrahim boleh tolong pun.  Dapat habuk ada la.  Senang la lain kali kalau nak berhutang.    Jangan bayo hutang.  Patut Khalid Ibrahim tak bayo-bayo lagi hutang bank.  Rupanya ajaran Anwar Ibrahim la ni.

Macamana kalau teman berhutang dengan mike, teman tak  nak bayo.  Mike marah tak?  Mesti mike tak marah sebab takut kena jual..heeee..

Kome tengok tweet Anwar Ibrahim, apa cerita dia ni!  Macam hampeh!  PTPTN tu duit rakyat jugak weh!  Banyak lagi budak-budak nak guna jugak.  Kena bayo la!  Jangan nak merosakkan budak-budak ni.


Siap bagi pic surat amaran PTPTN la pulak!  Tak malu ke?  Dah pinjam tak nak bayo.  Cuba kome pinjam kat Ah Long.  Kome tak nak bayo, tak seketul kena kat kepala.  itu kira nasib baik jugak la, kalau tak nasib baik, nyawa pun melayang.heeee..



-

GILER! POS GAMBAR BOGEL DALAM TWITTER



Giler ke ape?  Suka-suka je boleh pos gambar bogel kat twitter.  Suka sangat la orang tengok benda-benda sulit mike tu!  Jangan tiru aksi ini.  Kalau Abby Abadi ok le kot! heeee...

LOS ANGELES : Pemenang program realiti televisyen, America’s Next Top Model yang pertama, Adrianne Curry menyiarkan beberapa gambar termasuk dalam keadaan bogel di laman Twitter miliknya, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Gambar di dalam bilik mandi itu menunjukkan tubuhnya yang hanya ditutupi oleh buih sabun dengan kedudukan sedikit mengiring.

Model terkenal berusia 27 tahun itu telah berkahwin dengan pelakon siri televisyen The Brady Bunch, Christopher Knight dalam satu majlis perkahwinan pada tahun 2006.

Di bawah gambar itu mengandungi mesej: “Saya sentiasa berpegang kepada janji.”

Adrianne dikatakan sangat gemar menggunakan Twitter. Sebelum ini, dia pernah menghantar gambar kurang senonoh ketika bermain permainan World Of Warcraft.

-

MOH ESOK! Showcase Kementerian Belia dan Sukan Di Jelajah Janji Ditepati Pulau Pinang


Moh kome! Esok, 8 Disember 2012 ada Program Jelajah Janji Ditepati Pulau Pinang bermula dari pagi sampai ke malam.  YAB Perdana Menteri Malaysia akan merasmikan program ini pada sebelah pagi di Padang Kawad USM Pulau Pinang.  Kementerian Belia dan Sukan (KBS) turut sama mengadakan Showcase Gelanggang Futsal 1Malaysia.  Showcase tersebut bertujuan memperkenalkan da mempromosikan Gelanggang Futsal 1Malaysia (GF1M) kepada masyarakat disamping mempromosikan sukan futsal itu sendiri.
Booth Showcase KBS
Pelbagai aktiviti menarik di Booth Showcase KBS akan menanti pengunjung esok.  Hadiah dan Goodies disediakan kepada yang bertuah.  Antaranya aktiviti di Booth KBS esok,
1. Cari 25 perkataan tersembunyi
2. Teka Bola dalam balang
3. Lukis dan teka Aktiviti Futsal/Sukan
4. Kuiz Sukan
5. Sepak Bola
6. Wii/Xbox360 Pealty Kick dan berbagai lagi acara menarik

Teman sempat menjengok sekitar persiapan KBS di Booth Showcase tersebut.  Beberapa gambo yang sempat tempat tangkap..heee..Jom weh esok datang ramai-ramai ye....

Sudah siap sedia weh!

Antara aktiviti yang menanti pengunjung

Masuk bola dalam lubang.  Cuba try tengok

Ini pun ade ek!heee

Tu dia! Apa lagi ditunggu

Dah hampir siap!


-

DINTURTLE : Sekolah Cina - 3 Bukti NGO @ Dong Zhong RASIS !


Teman menyingkap sikit mengenai tuntutan Dong Zong mengenai isu pendidikan sekolah cina.  Blogger Dinturtle telah menggarap satu artikel daripada Teo Kok Seong di Berita Harian yang menunjukkan sikap rasis Dong Zong.  Bukti-bukti Dong Zong memperlekehkan Bahasa Kebangsaan dan mempunyai fikiran yang sempit.

Pendidikan aliran Cina halang perpaduan

Pendidikan aliran Cina di Malaysia, yang menjadi sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan, mempunyai warisan cemerlang yang sudah berusia dua abad. Ia sering dipuji kerana mutu pendidikannya yang tinggi. Ini hasil daripada pengurusan yang cekap serta pembabitan komuniti yang aktif. Kini terdapat 1,280 buah sekolah jenis kebangsaan Cina dan 60 buah sekolah persendirian Cina di seluruh negara. 

Walau bagaimanapun, ia selalu dipersepikan sebagai antinasional pada julat yang paling ekstrem dan sebagai isu perkauman saja pada julat yang kurang ekstrem. Hal ini disebabkan, antaranya oleh perjuangan dan tuntutan sesetengah persatuan Cina. Antaranya adalah Dong Zong, iaitu Persatuan Pengurus Sekolah Cina Malaysia dan Jiao Zong, iaitu Gabungan Persatuan Guru Sekolah Cina Malaysia. Perjuangan dan tuntutan dua persatuan ini sering didapati keterlaluan. Ini kerana mereka tidak mahu mengambil kira Malaysia sebagai masyarakat majmuk, dengan kaum Melayu selaku penduduk asal dan dominan. Sehubungan ini, dalam banyak tindakan mereka, resam di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung, sengaja dikesampingkan. 
Usaha parti politik Cina, seperti MCA dan GERAKAN untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh sekolah Cina, seperti kesesakan pelajar dan kekurangan guru, bukan saja diperlekeh. Malah, ia ditolak sebagai tidak sesuai untuk pelestarian pendidikan aliran Cina di Malaysia oleh dua persatuan ini. 
Akibat keadaan yang tidak mesra kepada bahasa Melayu ini, lepasan sekolah Cina rata-ratanya didapati bukan saja tidak cekap berbahasa Melayu. Tetapi lebih malang lagi mereka tidak mempunyai sikap integratif terhadap bahasa Melayu dan juga orang Melayu selaku penutur jatinya. Sehubungan ini, mereka didapati tidak mampu mempamerkan jati diri kebangsaan, khususnya dalam konteks kecekapan berbahasa Melayu.

Persepsi umum masyarakat Malaysia, khususnya daripada kaum Melayu dan juga sebilangan orang Cina sendiri, mengenai pendidikan aliran Cina adalah penghalang kepada perpaduan yang cuba dipupuk, melalui sistem pendidikan kebangsaan. Hal ini didapati benar apabila diteliti beberapa tuntutan dan syarat yang pernah dan sedang dihantar sebagai memorandum oleh dua persatuan ini kepada kerajaan. 

Pertama ialah keengganan untuk menerima bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar untuk Malaysia Negaraku, mata pelajaran kerakyatan yang sepatutnya mula diajar pada 2011 melalui Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Ia yang hanya mengambil masa 30 minit seminggu dan ingin disampaikan dalam bahasa Melayu, sebagai lambang negara, untuk membentuk jati diri kebangsaan dalam kalangan golongan muda kita, ditolak atas pelbagai alasan yang tidak munasabah.

Kedua ialah syarat penempatan guru. Semua guru yang berkhidmat di sekolah jenis kebangsaan Cina, dikehendaki memiliki kepujian dalam bahasa Mandarin pada tahap Sijil Pelajaran Malaysia, walaupun sesetengahnya tidak pun mengajar mata pelajaran yang menggunakan bahasa itu. Dengan pelaksanaan syarat ini, boleh dikatakan semua guru di sekolah Cina, akan terdiri daripada kaum Cina saja. Peraturan begini sudah tentu boleh menjejaskan pemupukan perpaduan di sekolah.

Guru hanya kaum Cina 
Ketiga ialah keengganan menambah masa pendidikan bahasa Melayu untuk kedua-dua tahap satu dan dua, serta menyelaraskan sukatan pelajaran bahasa Melayu untuk tahap dua agar sama dengan yang digunakan di sekolah kebangsaan. Tujuannya adalah untuk mempertingkat pengetahuan dan penguasaan pelajar Cina agar menjadi lebih baik lagi.

Sesungguhnya tiga tindakan ini boleh ditafsirkan sebagai perbuatan keterlaluan untuk melindungi bahasa Mandarin selaku bahasa etnik Cina. Malang sekali, ia dilakukan dengan mengetepikan bahasa Melayu, yakni bahasa negara yang diberi peranan untuk menyatukan rakyat dan membentuk jati diri dalam kalangan generasi muda.

Akibat keadaan yang tidak mesra kepada bahasa Melayu ini, lepasan sekolah Cina rata-ratanya didapati bukan saja tidak cekap berbahasa Melayu. Tetapi lebih malang lagi mereka tidak mempunyai sikap integratif terhadap bahasa Melayu dan juga orang Melayu selaku penutur jatinya. Sehubungan ini, mereka didapati tidak mampu mempamerkan jati diri kebangsaan, khususnya dalam konteks kecekapan berbahasa Melayu.

Oleh sebab keengganan kaum Cina untuk ikut membantu memupuk perpaduan dan membentuk jati diri, melalui bahasa Melayu, tujuan murni kerajaan untuk membina negara bangsa yang bersatu padu dan rakyat yang berjaya mempamerkan jati diri kebangsaan dengan menggunakan lambang dan proses sosiobudaya Melayu, tidak kesampaian.

Sesungguhnya, bahasa Melayu mampu menyatupadukan rakyat kita yang berbilang kaum, serta mampu membentuk jati diri kebangsaan yang utuh dalam kalangan kita semua. Hanya kita sendiri yang menghalangnya atas kejahilan bahawa pengetahuan dan penguasaan bahasa Melayu yang lebih baik itu, boleh menggugat etnisiti tertentu.

Penulis Profesor Linguistik di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
-

SIAPA KATA NAJIB TAK BUAT KERJA?



Cerita Abby Abadi ni tak habis lagi.  Cerita pasal twitter, yang semua orang nak tau.  Tengok PM DS Najib tweet kat twitter bercakap tentang dasar dan kejayaan Malaysia dalam menangani rasuah.  Kome kena baca la twitter PM ni.  Banyak maklumat berguna dan usaha-usaha yang dilakukan oleh DS Najib untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang disegani.  Bukannya nak mengutuk macam Abby Abadi.  Orang pergi Palestin pun nak kutuk.  Mike tu pulak buat apa?

KUALA LUMPUR 7 DIS. - Malaysia akan terus memerangi rasuah dan memperbaiki kedudukannya dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI), kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri dalam mesej terbaharu Twitternya malam tadi berkata: "Malaysia meningkat enam tempat lagi dalam Indeks Persepsi Rasuah, menjadikan kita tempat ketiga dalam kalangan negara ASEAN. Kedudukan yang akan sentiasa kita perbaiki."

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pengumuman Transparency International mengenai kedudukan Malaysia yang lebih baik dalam CPI tahun ini iaitu kedudukan ke-54 berbanding ke-60 tahun lalu.

Malaysia meraih 49 daripada 100 mata dalam kajian yang mengukur tahap rasuah dalam sektor awam daripada 176 negara.

Malaysia menduduki tempat ketiga dalam kalangan negara ASEAN, iaitu di belakang Singapura (kelima dunia) dan Brunei di tempat ke-46 dunia. - BERNAMA
-

DAH JADI TABIAT PAS, NIK AZIZ YANG AJOR



Membela Kroni. Menghalalkan carut-mencarut, mengharuskan maki hamun. Bahkan Allah sendiri mencarut.

Fatwa ini dikeluarkan oleh Tuan Guru Nik Aziz sendiri ketika dia membela kroninya, Shahnon Ahmad yang menulis buku Shit. Nik Aziz amat berani membuat fatwa seumpama itu sehingga sanggup mencemarkan kesucian dan kesempurnaan Allah. Sekarang, Shanon Ahmad pun mengakui kesilapan.

Memang benar Allah pernah mencela orang munafik dengan kataNya mereka bisu, buta dan tidak ada otak. Tetapi celaan seumpama itu tidak bleh dianggap sebagai mencaci dan mencarut atau mencela dan mencerca, kerana kita tidak boleh mengkhitabkan atau mengaitkan perbuatan dan kata-kata keji kepada Allah Yang Maha Suci.

Kata-kata Allah itu adalah merupakan inzar (amaran) dan tahdid (ugutan) kepada orang kafir dan munafik. Bukan maki hamun dan mencarut. Kalaulah dikatakan maki hamun pun, kata-kata itu adalah ditujukan kepada orang kafir dan munafik dan tidak kepada orang yang sujud kepada Allah. Ingat...Allah swt adalah Penguasa SegalaNya...manusia hanyalah makhluk ciptaan Allah swt...

Ahli Sunnah Wal-Jammah telah membuat kesimpulan bahawa sekiranya terdapat kalimah-kalimah yang menyerupai sifat-sifat kekurangan, maka hendaklah ditakwilkan makna dan maksudnya supaya sesuai denga kesucian dan kesempurnaan Allah.

jadi..Po NIk...dan puak puak PAS dan penyokong pembangkang yang lain...sendiri mau ingat errr....

-

APA KOME BUAT KAT KEMAMAN NI! #P040B #MesraBelia


Weh! Apa kome buat kat Parlimen Kemaman ni.  Best gitu!  Teman dapat tengok aje le.  Teman dapat berita meriah sungguh.  Pembangunan kat Parlimen Kemaman pun hebat jugak.  Macam-macam ada.  Pembangunan yang dibawa oleh kerajaan selama ini dalam menjadikan Kemaman sebagai bandaraya yang maju.  Memang hebat le!  Banyak fasiliti dan kemudahan untuk rakyat.

Kome nak tengok lagi kat SINI.

-

KESIAN JIMMY SHANLEY TAK DAPAT JUMPA ANAK


Begitulah lumrah dunia.  Kalau bercinta naik ghak dunia.  Majlis kahwin yang riuh satu Malaysia. Kecoh.  Dunia artis yang penuh glamor.  Bila dah bercerai, pun riuh.  Tapi masalah dan kes Mahkamah jugak riuh.  Tapi teman kesian la dengan Jimmy Shanley ni.  Banyak sangat sekatan dan jumpa anaknya.

Jimmy dipetik di Harian Metro , "bekas bapa mentua haramkan saya ke rumahnya sejak Januari 2011,”.  Bekas ibu mentua pula hanya membawa anak berjumpanya apabila bekas bapa mentua tiada di rumah.   Apa la kome buat Jimmy macam tu!  Itu anak dia jugak.  Bapak kandung.  Bagi le peluang dia jumpa anak dia.  Kalau marah sangat pun, Jimmy tetap bapak kandung anak perempuan tunggalnya, Zahra Rania Shanley yang kini berusia setahun tujuh bulan.  Bekas isterinya pulak, Nursuhaila Eliani Suhaimy,  meletakkan syarat jika dia ingin berjumpa dengan anak.

Sabo le Jimmy.  Berjuanglah dalam perbicaraan tu.  Moga-moga dapat penyelesaian yang baik. heee...
-

ABBY ABADI KENA TENGOK NI!



Teman ghase Abby Abadi kena tengok ni!  Jangan cakap berdengo-dengo kat twitter je.  Cuba mike tengok Komando ni berjuang.  Tengok penulis anak Malaysia ni pergi Palestin.  Tak bising-bising pun kat twitter macam mike tu!  Ni cerita seorang penulis da jurugambar Harian Metro menemui barisan Komando Qassam yang digelar tentera malaikat.  Komando ni paling digeruni Israel berikutan tidak pernah tewas ketika bertempur biarpun hanya berbekalkan senjata api model lama.

Penulis Harian Metro melaporkan kehebatan pasukan Komando Qassam yang turut digelar tentera malaikat itu kian tersebar apabila mereka yang dianggotai golongan muda, terpelajar dan ulama mampu menumpaskan ratusan tentera Zionis serta menembak jatuh pesawat pejuang mereka.

Rombongan penulis dan jurugambar disambut mesra oleh komando-komando tu sebab Malaysia sebuah negara yang disegani dan dihormati khususnya di Palestin.  Abby nak kata apa kat twitter pulak.  Penulis ni dari akhbar yang pro kerajaan, jadi apa yang Abby nak kutuk pulak! Teman puji keberanian penulis ni jumpa pejuang ni.  Teruskan usaha murni mike.  heeeee..

-

BARU KOME TAU GUAN ENG NI PENIPU MACAM KOMUNIS


Teman dah tau sangat-sangat perangai DAP Komunis ni.  Penipu satu! Penyapu pun satu!  Penipu asalkan jadi duit! Bisnes tu der.  Penyapu asalah apa saje boleh disapu.  Depan dan belakang..oppsss..Tiba-tiba saje urusan jual beli tanah seluas 1.1 ekar di sepanjang Jalan Zainal Abidin  dibatalkan walaupun BN telah membayar cengkeram pada Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Macam orang nak meminang, kalau tak suka tapi nak menolak, bagi la syarat-syarat merapu yang mustahil akan dapat ditunaikan.  Begitulah Guan Eng, Dah bagi cengkeram sebagai syarat meminang.  Guan eng bagi la macam-macam syarat diluar tabii..oppss..heee.  rasa-rasa dah tak lepas, terus tolak.  macam tu la komunis.  Bukannye boleh dipercayai pun.  Penipu dan penyamun.

Kome tau tak! Depan belakang komunis ni makan weh!  Kalau tak percaya, tanya Gua Eng.heee...peace..
-

BONGKAR: SAH! RONNIE LIU KETUA GANGSTER


Sah! Ronnie Liu memang samseng.  Orang selalu menuduh orang lain samseng, satu jari lagi menunjukkan kepada diri sendiri.  Selalunya untuk menutup aib sendiri, sentiasa menyalahkan orang lain.  Isu kamera AES yang dipasang di Selangor, Ronnie mencabar Jabatan Pengangkutan Jalan sekiranya berani berhadapan dengan tindakan Kerajaan Selangor.  Samseng tuh!

Berita Harian melaporkan Kerajaan Selangor tetap dengan keputusan untuk menutup kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang dipasang di negeri itu dan bersedia berdepan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di mahkamah.

Ronnie Liu dipetik “Kami memutuskan untuk mengubah strategi dan tidak akan menanggalkan AES. Kami akan menutup kamera itu pada jam 2.30 petang esok. Kita nak lihat siapa yang berani buka kain berwarna merah itu," 

Hah! Ketua Samseng dah buka pekung di dada. Warna merah melambang apa? Kome fikir-fikirkan la..heeee....
-

Afdlin Shauki Bersama Misi di Palestin



Pengarah dan pelakon filem Afdlin Shauki berkongsi rasa kagum melihat masyarakat Palestin memiliki jiwa yang kental dalam mengharungi saat-saat getir gara-gara diserang oleh rejim Zionis.

Afdlin yang menyertai delegasi Aqsa Syarif ke negara itu sejak Isnin berkata, dia tidak menyangka rakyat Palestin terutamanya kanak-kanak masih lagi boleh tersenyum dalam keadaan getir malah mereka tidak pernah meminta sedekah meskipun kehidupan di negara itu begitu daif.

"Belum pernah lagi saya berjumpa dengan masyarakat kental seperti rakyat Palestin. Mereka peramah dan sentiasa tersenyum. Malah sering melambai-lambai tangan apabila melihat kenderaan kami.

"Mereka juga bukan orang yang meminta sedekah. Kanak-kanak tidak pun meminta-minta. Ada di antara kami yang telah memberikan sesuatu tetapi mereka menolak.

"Apabila kami menerangkan ia sebuah hadiah, barulah barang yang diberi itu diambil," katanya menerusi akaun laman Facebook miliknya.


Afdlin yang merupakan duta Aqsa Syarif bertanggungjawab memberi bantuan kemanusiaan kepada golongan berkenaan. Beliau dan juga delegasi termasuk artis Zain Saidin, Bront Palarae serta enam orang kru produksi Vision Works telah berangkat ke nagara itu sejak Isnin lalu selama seminggu.


Tambah Afdlin, dia juga terharu apabila masyarakat Palestin cukup gembira apabila beberapa kumpulan delegasi Malaysia datang untuk membantu mereka.

Menurutnya antara bantuan yang diberikan ialah menyediakan hidangan makanan panas serta mengagih-agihkan barangan keperluan musim sejuk untuk dihantar kepada keluarga yang kehilangan rumah.

Sementara itu, menceritakan pengalaman pertama kali ke wilayah Gaza itu, delegasi tersebut terpaksa melalui saat mencemaskan apabila kenderaan mereka menjadi sasaran pesawat pejuang Israel melepaskan peluru berpandu F-16.

"Alhamdulillah, kami semua selamat dan meneruskan misi memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan.

"Malah kami turut menziarahi kanak-kanak yatim piatu dengan menghibur dan mengajar mereka cara-cara untuk melukis dan belajar Bahasa Inggeris.

"Rasa macam tak nak balik. Kanak-kanak itu mahu kami datang setiap hari untuk mengajar mereka," tuturnya.


-

GAMBAR HOT! ABBY ABADI KENA CIRIT BIRIT DI GAZA

Teman kesian kat Ustazah Segera PAS sekor ni.  Dua tiga hari ni asyik kena hentam je.  Manakan tidak, banyak sangat fatwa keluar dari Ustazah Segera PAS sekor ni.  Afdlin Shauki dah sampai pun ke Gaza.  Mengapa perlu sindir-sindir.  Salahkah seorang artis cuba membuat niat murni menolong sesama umat.  Yang mike masih berceloteh  dalam twitter menghentam UMNO bagai nak ghak.  Siapa la Tok Guru Yong sekor ni?  Mike tengok gambar  Afdlin Shauki di Gaza.
Tengok apa Afdlin dah jalankan kewajipan sebagai seorang Islam.  Tak terdetik pun Afdlin bercakap dan kecoh-kecoh macam mike.  Bukan macam mike, cakap berdegor-degor..Mike dah tersesat dah Abby weh!  Elok benar la komen twitter kat atas tu, "Lebih mulia kamu jadi artis banding kamu sekarang ni".  Betul kata pengomen tu!..

Yang kat bawah ni pulak apa? Abby-Abby!  Nampak sangat mike dah jauh tersesat dengan ajaran sonsang PAS ni.  Siapa pun tak hina Islam, mike yang kata.  Bukan ke fitnah tu?  Bertaubat la Abby..Masih ada masa lagi.  Sebelum tercirit kat Gaza dan ditembak peluru sesat..heeee.peace..Kome tengok le kat bawah ni.  Teman dah "speechless" (cakap oghang putih le pulak) heeee...




-

Thursday, 6 December 2012

PIALA SUZUKI AFF: Tawaran Tiket Pergi Balik Bangkok Paling Murah


Hebat ni kome weh! Berita baik buat penyokong Harimau Malaya.  Tawaran tiket pergi balik paling murah oleh Air Asia bagi menyaksikan perlawanan separuh akhir kedua antara Malaysia menentang Thailand, Khamis depan. Lagi menarik, jika sambutan menggalakkan perkhidmatan bas akan turut disediakan dari lapangan terbang di Bangkok ke Stadium Supachalasai.  best ni weh!


Utusan Malaysia melaporkan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad, Tan Sri Tony Fernandes telah menyatakan persetujuan berhubung perkara tersebut.

"Penawaran itu bergantung kepada kekosongan penerbangan. Kita masih tidak tahu berapa ramai penyokong yang benar-benar ingin ke sana (Bangkok). Saya sudah berbincang dengan FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) untuk mendapatkan jumlah mereka yang mahu ke sana.

"Kita akan menyediakan penerbangan "charter" dan jika sekadar 100 atau 200 orang, ia tidak akan memberi impak yang besar. Kita mahu beribu orang ke sana,"


Bagaimanapun pada masa ini, kos penerbangan, harga tiket, perkhidmatan bas, serta keperluan lain masih dalam perbincangan,  Harap jadi la weh!  Ramai yang nak pegi ni..Tak sabo le teman nak ngikut..heeee..


-

HAH LAWAK! Sebab Gemuk Gagal Lari Dari Penjara


Pepatah Melayu ada menyebut, sepandai-pandai tupai melompat akan jatuh ke tanah juga.  ini kan pulak yang perut gemuk.  Tupai boleh la sebab kecil dan slim.  Kisah banduan nak lari daripada penjara di Brazil tapi gagal kerana perut di buncit sampai tersangkut kat lubang.

Deme ni dah berjaya korek lubang kat dinding penjara tu tapi ada sekor ni dah le beso, gemuk la pulak.  Apa lagi, sangkut la kat lubang tu.  Tak ke lawak.

Metro melaporkan banduan lain cuba meloloskan mangsa tapi gagal.  Mangsa menjerit kesakitan dan ketika itulah warden penjara tersedar.

Kalau ya pun turun la sikit berat badan tu.  Buat aerobik ke bagi kempis perut tu..heee..
-

PANAS! Siapa Bocor Maklumat Ng Yen Yen?


Teman naik risau.  Banyak sangat berlaku kebocoran maklumat sulit kerajaan kepada orang luar.  Teman rasa ada duri dalam daging dalam kerajaan terutamanya agensi-agensi kerajaan.  Setahu teman, penjawat awam telah membuat aku janji untuk menyimpan segala rahsia-rahsia agensi dan kerajaan.  Teman takut rahsia-rahsia kerajaan yang boleh menggugatkan keselamatan negara terutama kepada negara asing.  Kebimbangan Menteri Pelancongan Datuk Dr Ng Yen Yen ada rasionalnya.

Mstar Online melaporkan Polis sedang menyiasat maklumat sulit Kementerian Pelancongan yang bocor kepada pihak luar.  Menteri itu berkata isu ini perlu didalami kerana ia boleh menjejaskan integriti kementerian - dan Kerajaan jika ia dibiar berlarutan.

"Kami telah menyerahkan kes itu kepada polis untuk disiasat dan untuk mengetahui bagaimana ini berlaku. Ia adalah sangat penting supaya disiplin dapat dikekalkan," 

Teman harap pihak Polis menyiasat segera dan menangkap dalang disebalik kebocoran maklumat tersebut.  Pihak pembangkang akan menggunakan untuk manipulasi apa saja maklumat yang dijumpai.  Biasa la pembangkang, jenis "BANGKANG DALAM LONGKANG". heeeeee...
-

PANAS : Guan Eng Terkedu Dengan JPJ



Teman nak tengok apa respon Guan Eng tentang pemasangan AES di Pulau Pinang.  Walupun deme dah kata nak tanggalkan perlatan kmera AES sebelum ni.  Teman baru tau AES tak pasang lagi kat Negeri Pulau Pinang.  JPJ dah nak bincang dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.  Tapi nak tanggal la pulak kamera tu.  JPJ dah nak bagi penjelasan, dengo le dulu.  Ni nak melompat katak je.  Asyik nak bangkang je..heee...

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mempunyai mekanisme lain untuk melaksanakan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di Pulau Pinang jika kerajaan negeri terus menolak pemasangan kamera terbabit.

Pengarah JPJ Pulau Pinang Datuk Hassan Yaccob berkata bagaimanapun JPJ akan terlebih dahulu memberi penjelasan mengenai AES kepada kerajaan negeri.

"Ketua Pengarah JPJ Datuk Solah Mat Hassan dijangka memberi penerangan berkenaan dan kita sedang menunggu bila kerajaan negeri akan panggil.

"Jika selepas penerangan dan perbincangan kerajaan negeri tetap menolak pelaksanaan berkenaan, kita akan guna mekanisme lain dan perkara itu akan di umum Datuk Solah," katanya kepada pemberita selepas taklimat AES, di sini, Khamis.

Baru-baru ini, akhbar melaporkan Ketua Menteri Lim Guan Eng tidak mahu kamera AES dipasang di negeri itu dan akan menanggalkannya jika peralatan berkenaan dipasang.

Sementara itu, Hassan berkata JPJ mengenal pasti 57 lokasi berisiko kemalangan di Pulau Pinang bagi tujuan pemasangan kamera AES dan kebanyakan lokasi membabitkan kemalangan maut.

Daripada jumlah itu, 39 kamera akan dipasang di jalan utama sekitar negeri bagi mengesan kesalahan membabitkan had laju, manakala 18 lagi akan dipasang di persimpangan lampu isyarat, katanya.

"Antara jalan-jalan yang terlibat ialah Tun Sardon, Jalan Baru Perai, Jambatan Pulau Pinang, Jalan Tanjung Bungah, Bagan Ajam, Permatang Pauh, Jalan Masjid Negeri dan Jalan Penang," katanya.

Setakat ini kamera AES belum dipasang di negeri ini, kata Hassan. - BERNAMA
-

HOT: Johan As'ari Minta Tidak Dituduh Bercinta Dengan Kaka




Pelakon Johan As'ari menganggap pasangannya menerusi program Fear Factor Selebriti Malaysia iaitu Kaka Ashraff seperti adik dan dia selesa bergandingan dengan penyanyi itu.

Johan, 26, berkata dia berharap hubungan baik itu tidak disalah anggap oleh sesetengah pihak dengan menuduh mereka bercinta apabila program itu disiarkan kelak.

"Kami sangat serasi bergandingan dalam Fear Factor dan hubungan itu tidak lebih seperti adik-beradik. Saya juga kagum dengan semangatnya yang kental semasa mengharungi pelbagai cabaran dalam pertandingan itu," jelasnya kepada mStar Online.

Fear Factor Selebriti Malaysia bakal disiarkan pada 29 Disember ini pada setiap Sabtu pukul 9.30 malam di saluran Astro Ria (104) dan Mustika HD (134).

Dalam pada itu, Johan berkata, dia menyertai program tersebut bagi mengatasi ketakutannya terhadap ketinggian selain cuba meluahkan rasa negatif yang ada dalam dirinya kepada aktiviti lasak.


Menurut Johan, ia sedikit sebanyak dapat membantunya berfikiran lebih positif apabila berjaya melakukan sesuatu cabaran.

"Saya menyedari dengan melakukan aktiviti lasak ia sebenarnya membantu terhadap keyakinan diri kita sendiri dan menukar kuasa negatif yang ada pada diri kepada positif.

"Walaupun ada kalanya rasa seperti putus asa namun sokongan daripada rakan-rakan lain membuatkan saya lebih bersemangat untuk menghadapi cabaran," katanya.

Sementara itu, Johan berkata, dia berdebar menanti kehadiran tahun 2013 kerana empat filem lakonannya iaitu Juvana, Tokan, Pencinta dan Paku bakal menemui penonton di pawagam.

"Saya harap kesemua lakonan dalam empat buah filem itu akan digemari oleh peminat dan mendapat sambutan," katanya.


-

BREAKING NEWS : KALAH LA BN MACAM NI!



ANGKA 30,000 seakan sudah jadi angka rasmi bagi menggambarkan kehadiran orang ramai ke program Kebangkitan Rakyat yang diadakan pemimpin Pakatan haram ini.

Di Seremban Jaya awal bulan sudah depa gebang 30,000, di Batu Pahat 2 hari lepas pun 30,000 juga.

Sehingga sekarang kita masih tidak didedahkan cara mana jumlah itu mereka dapat, hanya main ambik gambar dari sudut-sudut tertentu, nampak macam ramai, terus cop 30,000, 40,000, 50,000 dan seterus-seterusnya.

Penulis tidak tahu pulak sudah ada sistem yang boleh ukur kehadiran orang ramai begitu sahaja.  Yang terbaik penulis pernah lihat ialah, teknik yang digunakan Bernama untuk mengira jumlah kehadiran peserta rusuhan Bersih 3.0 April lepas.  Itu yang terbaik, at least ada juga tekniknya, jauh lebih baik dari anggaran macai Pakatan haram yang hanya petik nombor dari langit.

Propaganda nombor pada penulis, bukan perkara baru.  Dulu pun dia mula dah, tapi tetap setiap kali pilihanraya yang kita lihat menang, UMNO dan BN.

Lagipun, bukan rahsia angka kehadiran orang ramai ke ceramah yang dianjurkan Pakatan haram ini sengaja dibesar-besarkan.  Malah penulis tahu sudah wujudkan jawatan tetap untuk ahli-ahli parti dalam DAP, PAS dan PKR untuk mereka yang akan hadiri ceramah diadakan Pakatan haram ini dimana saja ia diadakan.

Gaji bulanan, elaun pengangkutan dan seumpama dengannya disediakan, yang penting, mana ada acara, muka ini mesti ada – muka yang sama.

Kita tahu tentang hal tersebut, bukan perkara baru.  Lagipun sumber kewangan bukan masalah, duit Selangor ada, duit yahudi pun ada (George Soros), apa masalah?

Sebab itu depa confident ribu-ribu datang dalam setiap ceramah terutama di bawah program Kebangkitan Rakyat.  Penulis dah lihat sendiri depan mata salah satu dari beberapa siri ceramah Kebangkitan Rakyat yang diadakan sebelum ini, boleh sahkan tidak sampai 30,000.

Kalau diadakan di stadium, itu lain sebab kita tahu kapasiti stadium (kalau penuh) dan agak-agak berapa ramai sahaja boleh duduk atas padang.  Macam mana pun, dia tak boleh temberang kalau diadakan dalam stadium.  Masalah ni bila dia buat atas tempat awam, orang keluar masuk, keluar masuk.

Itu yang pelik macam mana dia boleh kira dan keluar dengan angka tersebut?

Jadi janganlah hendaknya rakyat kita terperdaya dengan propaganda angka Pakatan haram ini.  Lebih-lebih lagi sekarang, kita tahu dia guna taktik selang seli gambar betul dengan gambar yang diphotoshop,

Apa sahaja asal boleh tipu rakyat.  Ini penting sebab dengan gambar tersebut, dia boleh gebang hebat dengan orang yang duduk atas pagar, supaya terpengaruh dan sokong dia.  Ini namanya cubaan terdesak, kalau nak ikut polisi yang dijanjikan dan bukti hasil dari pentadbiran di beberapa negeri sekarang, tidaklah sehebat mana, malah tak hebat langsung pun.

Anwar hanya boleh menang propaganda, bila yang sebenar, dia akan tewas.

Sebab itu UMNO confident boleh menang pilihanraya umum bila diadakan kelak, cuma majoriti 2/3 atau tidak sahaja, menang tetap menang.  Kenapa?  Sebab kita tak bergantung kepada propaganda, kita berdasarkan sokongan sebenar di peringkat akar umbi iaitu pengundi sebenar, bukan ambik kira budak-budak bawah umur yang dibawa mak bapak masing-masing hadir ceramah.

Jadi jangan pelik kenapa kita akan terus menang dan pakatan haram akan terus kalah.

Teman Kutip Dari MYKMU.net
-

MY MASSA : MUSA HASSAN-ANWAR : PERBUALAN TELEFON



Artikel Khas berkaitan TS Musa Hassan semalam mengundang komentar dan polemik yang bising, pada mulanya saya hendak menyambungnya minggu hadapan. Tetapi saya fikir lebih baik kita dedahkan sekarang, kerana TS Musa Hassan yang ada sekarang bukan TS Musa Hassan semasa dia menjadi IGP dahulu.

Yang jelas, TS Musa Hassan telah bercakap dengan DS Anwar Ibrahim! Sebagaimana Anwar berjaya mengubah fikiran Deepak supaya menyerang DS Najib, kali ini Anwar juga berjaya mengubah minda TS Musa Hassan untuk menyerang Dato' Hishamuddin, menyerang IGP, menyerang PDRM dan seterusnya menyerang Kerajaan Malaysia (ataupun lebih tepat menyerang DS Najib). 

Benar kata seorang Ketua Agensi kerajaan persekutuan, jika Anwar dijemput berucap di hadapan pegawai-pegawai kerajaan persekutuan, Anwar boleh ubah persepsi dan sokongan kepada dirinya dengan sekelip mata. Dia masih menjadi ketua agensi itu...

Menurut sahabat saya di sebelah Anwar, pada minggu hadapan,TS Musa Hassan dijangka akan mengadakan sidang akhbar lagi melalui NGO pro-PKR seperti MyWatch untuk mendedahkan individu-individu Menteri yang campurtangan dalan urusan PDRM. 

Terpulang kepada Anwar sejauhmana dia berjaya menarik, mengajak atau memaksa TS Musa Hassan untuk hadir lagi di sidang akhbar ciptaan mereka. 


Apabila ditanya kepada TS Musa Hassan berkaitan hal Anwar, dia menjawab , " Kenapa mahu sibuk-sibuk hal saya? Ia adalah perkara peribadi antara saya dengan Anwar". Dengar baik-baik, "...antara saya dengan Anwar..." "...antara saya dengan Anwar...:".(TMI)

Sambung TS Musa lagi, "...tidak perlu orang lain mencamnpuri urusan saya dengan Anwar!...".(TMI)

Adakah kamu mempunyai data perbualan telefon antara TS Musa Hassan dengan Anwar pada 10/10/2012 hingga 19/10/2012, atau tarikh lain? Kamu yakin saya mempunyai data itu. Sia-sia saya berpengalaman di luar negara.

Adakah kamu percaya TS Musa Hassan ada berjumpa Anwar pada bulan September 2012 dan Oktober 2012?

Saya masih berfikir...perlukah saya mendedahkan lebih lanjut semua ini. Bagaimana pendapat anda? Jika kamu rasakan saya perlu dedahkan, saya akan dedahkan, demi kepentingan negara kita. 

Kamu jangan lupa, Anwar di belakang Israel dan Yahudi, Dana dan Wang mengalir umpama Air Sungai dari Negara Haram Israel ke poket Anwar sehingga Anwar menjadi PM Malaysia kesukaan Israel/Yahudi. 

Maka, berhati-hatilah dan fikir-fikirkanlah...TK.
-

PEMBANGKANG DAH KANTOI! RAKYAT DAH TAU WEH!



Perjuangan pakatan pembangkang adalahsemata-mata untuk meraih kuasa sehingga sanggup menggadaikan prinsip parti dan kepentingan rakyat, kata Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Beliau berkata, ia dapat dilihat daripada perjuangan mereka yang caca marba dan bertukar-tukar, pada satu masa mereka memperjuangkan pilihan raya yang bersih, alam sekitar, kemudian hudud, kesamarataan total dan pelbagai lagi.

"Perjuangan mereka menjadi tidak tentu arah. Pendek kata ada ruang merekaakan berjuang, tetapi berjuang untuk apa itu 'belakang kira'. Mereka menggadaiprinsip dan perjuangan mereka.

"Kita lihat sekarang bagaimana parti yang menggadaikan perjuangan dan prinsip mereka demi kuasa, terhoyong-hayang diheret orang. PAS dan PKR semakin bingung disergah dan diarah DAP," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Rosnah berkata, ia berbeza dengan UMNO yang mempunyai prinsip dan perjuangan demi kepentingan rakyat sebagai kunci utama kekuatan parti keramat orang Melayu itu.

Beliau berkata, pembangkang nyata risau dan gentar dengan prinsip serta perjuangan UMNO ini yang dilihat dengan jelas oleh rakyat pada Perhimpunan Agung Umno ke-66, baru-baru ini.

"Saya percaya rakyat bijak menilai perjuangan pembangkang yang tidak mempunyai prinsip dan erti perjuangan dibawa UMNO serta Barisan Nasional yang sememangnya tetap serta tepat demi membela rakyat," katanya. - BERNAMA
-

APA YANG ABBY ABADI MEROYAN NI! KAN DAH KENA!


Teman nak kata Ustazah Segera PAS Abby Abadi ni dah meroyan, sian pulak teman kat dia.  Maklum la dah menjanda lama sangat tu!  Teman setuju kata Abby kata Syurga/Neraka Allah juga benar.  Sebagai orang Islam kita kena percaya dan akidah yang sepatutnya dipegang.  Tapi teman yakin dan dah menjadi pegangan akidah sebagai orang Islam Allah akan membalas setiap apa yang kita lakukan waima mengianaya sesama Islam sekali pun.  Tapi teman nak tanya, yang kome siap doa musnahkan sesama Islam tu apa?  Tak dosa ke?  Yang kome beriya-iya doa UMNO KO BN KO elok ke?  Sampai doakan musibah pada PM Ds Najib dan DS Rosmah sampai tak berenti-renti.  Apa teman nampak yang sensara dan jatuh sakit Nik Aziz la pulak!  Parti yang serabut dan pecah belah PAS dan PKR.  Orang asyik keluar parti masuk UMNO dari PAS dan PKR.  Allah balas la kot!..heee

Yang ini apa pulak! kan dah kena sebijik.  Teman tak campo ek!....

Eeeeee..kena sebijik! Tapi dalam hati siapa yang tau kan2...



-

VIDEO: KUCING 1 MALAYSIA PUN ADE KER?


Teman tak boleh tahan nak gelak.  Memang lawak giler.  Kome cuba le dengor apa cerita penyanyi ni menyanyi lagu Kucing 1 Malaysia.  Lagu jenaka yang mencuit hati ni dinyanyikan oleh seorang ED DJ.  Slogan 1 Malaysia dah jadi satu idola rakyat Malaysia.  Kome tengok le..Mantop weh!!!


-

LAWATAN RASMI PM KE PULAU PINANG SEBAGAI SATU KUNJUNGAN ISTIMEWA



Pendaftaran dalam talian untuk 80,000 rumah mampu milik yang akan dibina di 50 bandar dan pekan di bawah projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) akan dilancarkan secara rasmi di Pulau Pinang pada Sabtu.

Pemohon yang layak akan dapat mengambil bahagian dalam pengundian rumah berkenaan yang akan dibina pada kos kira-kira RM10 bilion dalam tempoh tiga tahun akan datang.

"Rakyat di Pulau Pinang akan menjadi yang pertama untuk mendaftar dan mendapat manfaat daripada program perumahan mampu milik bandar oelh Kerajaan," kata Ketua Pegawai Eksekutif PR1MA Berhad Datuk Mutalib Alias ​​pada satu taklimat media, Rabu.

Beliau berkata kerja-kerja pembinaan projek PR1MA Seremban dijangka bermula awal tahun depan manakala bidang tanah di kawasan bandar di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Johor, Melaka, Sabah dan Sarawak telah dikenal pasti untuk projek itu.

"PR1MA akan membangunkan 50,000 buah rumah manakala tambahan 30,000 unit rumah akan dibina melalui kerjasama dengan pemaju swasta.

"Kami akan menyediakan unit yang berpatutan untuk memenuhi keperluan penduduk bandar," katanya.

Mutalib berkata individu dan pasangan suami isteri dengan pendapatan isi rumah bulanan kolektif antara RM2,500 dan RM7,500 sebulan layak untuk mendaftar untuk rumah PR1MA.

Hartanah bertingkat dan di atas tanah berharga antara RM100,000 dan RM400,000.

Katanya PR1MA menggunakan definisi fleksibel untuk pendapatan isi rumah yang layak bagi membolehkan ahli keluarga yang layak juga boleh mendaftar secara individu.

Pemohon mestilah rakyat Malaysia yang berumur 21 ke atas dan yang tidak memiliki lebih daripada satu rumah dan bekerja atau tinggal di kawasan di mana projek itu sedang dibangunkan.

Mutalib berkata pemohon boleh menyenaraikan lima lokasi pilihan, sambil menambah mereka akan dimaklumkan tentang pengundian projek PR1MA akan datang melalui e-mel atau SMS.

"Satu sistem pendaftaran terbuka akan digunakan PR1MA di mana sesiapa yang layak boleh memohon. Pengundian akan diaudit secara bebas dan dilakukan secara telus.

Beliau berkata Akta PR1MA 2012 mula berkuat kuasa pada 1 Januari yang akan memastikan pelaksanaan projek perumahan PR1MA berada pada landasan sepatutnya.

Akta ini akan membuka jalan terhadap penubuhan Majlis Penasihat PR1MA yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri manakala Jawatankuasa Kelulusan dan Pelaksanaan akan mengurangkan kerenah birokrasi.

Berdasarkan kaji selidik yang dijalankan pada tahun 2009, lebih daripada 850,000 orang dengan pendapatan antara RM2,500 dan RM7,500 sebulan tidak membeli rumah sendiri.

Kira-kira 60 peratus daripada permintaan untuk rumah mampu milik adalah dari Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Pulau Pinang, Pahang, Sabah dan Sarawak. (mStar Online)
-

HOT! WAN SHARMILA CARI CALON WEH!



TIGA tahun memegang status solo, dramatis terkenal Wan Sharmila nampaknya masih belum bertemu pengganti untuk mengisi kekosongan hidupnya. Mungkinkah dia takut atau serik untuk berumahtangga semula selepas keruntuhan rumah tangganya sebelum ini?

Atau mungkin pelakon kecil molek yang dikenali menerusi drama Tari Tirana, Riang Tirana, Sindarela, Kisah Kaisara dan Apa Celop ini terlalu memilih calon suami atau ingin memburu golongan kenamaan atau VIP? 


Hakikatnya, pemilik nama sebenar Wan Sharmila Wan Muhamad, 31, mengakui dia memang cerewet untuk memilih calon suami kerana tidak mahu pisang berbuah dua kali. 

“Sebagai wanita matang dan pernah mengalami kegagalan dalam rumah tangga, saya memang berhak untuk memilih pasangan yang tepat untuk menjadi calon suami.

“Terus terang, saya memang berusaha untuk mengelak dari berkawan dengan suami orang atau merampas hak orang lain. Sebagai wanita yang memegang status janda atau ‘Miss J’, orang akan fikir sayalah wanita yang jahat jika saya berkawan dengan suami orang,” katanya.

Pada masa sama, anak kelahiran Johor Bahru, Johor ini menafikan dengan tegas dia memilih calon suami di kalangan golongan kenamaan atau VIP untuk hidup mewah.

“Saya tidak kisah siapapun calon suami saya itu sama ada artis atau orang biasa kerana yang penting kami saling menyayangi antara satu sama lain dan dia mampu membahagiakan hidup saya. 

“Terus terang, saya tidak mencari atau terdesak mencari pasangan hidup. Namun, sampai sekarang saya masih belum bertemu calon yang sesuai lagi. Memang saya mempunyai ramai kawan lelaki tapi ia tidak lebih dari itu,” katanya.

Wan Sharmila pernah berkahwin dengan produser drama, Fazli Baharom selama tiga tahun tetapi mereka bercerai pada 23 Oktober 2009. 

Apapun, Wan Sharmila mengakui dirinya seorang yang cukup berdikari, sejak memegang status solo.

“Selepas bercerai semua perkara dari A hingga Z saya lakukan sendiri tanpa bergantung pada sesiapapun. Mungkin sebab itu, lelaki takut untuk mendekati wanita yang terlalu berdikari seperti saya?.

“Saya pula tidak serik untuk berkahwin lagi kerana saya sukakan kanak-kanak dan ingin memiliki ahli keluarga yang ramai. Apatah lagi usia saya yang semakin meningkat saban tahun ini memang sudah layak untuk berkahwin dan membina keluarga. Apapun, soal jodoh ini saya serahkan pada ketentuan Tuhan,” katanya.

Wan Sharmila ditemui di sesi ramah mesra drama bersiri untuk Slot Aksi berjudul Spy M terbitan Radius One Sdn Bhd yang berlangsung di Sri Pentas, TV3, di sini, baru-baru ini. Drama arahan Ramli Long ini diterajui barisan pelakon iaitu Sharifah Shahira, Amyza Adnan, Zalif Sidek, Ahmad Daniel, Addy Ashraf dan ramai lagi.

Menyentuh lakonannya dalam drama itu, Wan Sharmila berkata, watak Salsabila yang dilakonkannya dalam cerita itu ada kelainan dan memang diimpikannya, sejak dulu.

“Saya memang minat berlakon dalam cerita aksi dan lasak tetapi keadaan kesihatan tidak mengizinkan selepas menjalani pembedahan di Hospital Prince Court pada Ramadan lalu. Walaupun kesihatan beransur pulih tetapi saya terpaksa menolak bawa watak lasak yang boleh menyebabkan tempat kesan pembedahan itu sakit.

“Saya bersyukur kerana penerbit drama beri sokongan dan memahami keadaan saya ini. Mungkin saya bukan Wan Sharmila yang dulu lagi kerana selepas pembedahan saya berasa cepat penat dan air mineral kini menjadi sahabat baik saya.

“Bila minum air banyak kita kerap ke tandas dan ia agak sukar bila kita terbabit dengan mana-mana ‘shooting’ drama kerana saya kena pastikan tempat itu ada kemudahan tandas,” katanya.

Tak kisah nama tenggelam timbul

WALAUPUN namanya dikatakan agak tenggelam timbul dalam bidang seni, Wan Sharmila yang turut tercalon dalam pencalonan awal kategori Pelakon TV Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular, Berita Harian 2012 tidak kisah soal itu kerana tawaran berlakon tidak pernah putus sampai sekarang.

“Orang fikir nama saya agak tenggelam kerana saya tiada cerita panas mahupun kontroversi seperti artis lain. Saya pula tidak suka baca ruangan gosip atau cerita yang memburukkan nama saya mahupun rakan artis di surat khabar sejak dulu. Bila jarang keluar cerita di akhbar sebab itu orang fikir nama saya agak tenggelam sedangkan saya masih wujud dalam industri ini,” katanya.

Dalam pada itu, Wan Sharmila berkata, dia tidak ada masalah untuk berlakon dengan produksi milik bekas suaminya, Radius One Sdn Bhd walaupun mereka sudah bercerai. 

“Memang sudah lama saya tidak berlakon dengan produksi Radius One tetapi hubungan kami tetap baik sampai sekarang.

Terus terang, saya juga impi untuk bawa watak berat seperti dalam drama Syurgamu Ramadan terbitan Radius One, sebelum ini.

“Projek drama baru pula ialah drama bersiri 20 episod untuk slot Azalea, Debunga Lalang arahan Azma Aizal Yusof. Drama ini dibintangi Noorkhiriah dan Ungku Ismail. Saya bawa watak antagonis dalam cerita ini. Saya juga terima tawaran buat cerita ini kerana ingin bekerja dengan kawan-kawan lama seperti Azma dan Ungku Ismail,” katanya. (Harian Metro)

-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...